Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
Larangan pendaftaran
(1)
Menteri boleh, melalui suatu perakuan yang dikeluarkan kepada Ketua Pengarah, melarang pendaftaran sesuatu kapal layar di bawah Bahagian ini jika dia berpuas hati bahawa pendaftaran sedemikian akan atau mungkin memudaratkan kepentingan negara.
(2)
Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi bukti prima facie mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu tanpa bukti tandatangan Menteri dalam perakuan sedemikian.