Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Keengganan untuk mendaftarkan kapal layar
(1)
Ketua Pengarah boleh enggan mendaftarkan sesuatu kapal layar jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
tidaklah sesuai bagi kapal layar itu didaftarkan dengan mengambil kira—
(i)
keperluan yang berkaitan dalam Akta ini yang berhubungan dengan—
(A)
keadaan kapal layar itu atau kelengkapannya, setakat yang berkaitan dengan keselamatan kapal layar itu atau apa-apa risiko pencemaran;
dan
(B)
keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang diambil kerja atau terlibat di atas kapal layar itu;
(ii)
kepentingan Malaysia atau pelayaran kapal layar antarabangsa; atau
(iii)
nama yang dicadangkan bagi kapal layar itu;
(b)
syarat yang ditetapkan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk pendaftaran kapal layar itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 9 tidak dipatuhi;
(c)
kapal layar itu mungkin digunakan untuk tujuan jenayah;
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 20
(d)
rekod mutu pengurusan dan pengendalian pemunya, termasuk berhubung dengan perkara yang disebut dalam perenggan (c), atau subperenggan (a)(i), tidak memuaskan;
atau
(e)
pendaftaran itu dilarang di bawah seksyen 15.
(2)
Jika Ketua Pengarah enggan mendaftarkan sesuatu kapal layar di bawah seksyen ini, dia hendaklah menyampaikan suatu notis kepada pemohon yang menyatakan bahawa pendaftaran kapal layar itu ditolak dan alasan bagi penolakan sedemikian.