Malaysia legislation

Section 18

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 18

Pemeriksaan dan penyukatan tanan kapal layar

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiada kapal layar boleh didaftarkan di bawah Akta ini melainkan jika—

(a)

kapal layar itu telah diukur dan disukat, atau tanan kapal layar itu telah ditentukan oleh seorang juruukur dan suatu perakuan tanan telah dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan; dan

(b)

perakuan tanan berkenaan dengan kapal layar itu telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah.

(2)

Jika sesuatu kapal layar hendak didaftarkan di bawah Akta ini telah disukat dan tanan bagi kapal layar itu telah dipastikan dalam pendaftaran yang sebelumnya, Ketua Pengarah boleh, tanpa memerlukan kapal layar itu disukat semula, menganggap bahawa kapal layar itu mempunyai tanan yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh pejabat pendaftaran yang sebelumnya.

(3)

Walau apa pun subseksyen (1), jika menurut subseksyen (2)

kapal layar itu dianggap sebagai mempunyai tanan yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran yang dikeluarkan oleh pejabat pendaftaran yang sebelumnya, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan tanan berkenaan dengan kapal layar itu.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 23

(4)

Jika tanan mana-mana kapal layar telah dipastikan dan didaftarkan mengikut peraturan-peraturan, tanan itu hendaklah disifatkan sebagai tanan bagi kapal layar itu dan hendaklah diulangi dalam tiap-tiap pendaftaran yang berikutnya bagi kapal layar itu, kecuali bahawa tanan bagi kapal layar itu boleh disukat semula dan didaftarkan semula mengikut peraturan-peraturan itu, jika—

(a)

apa-apa perubahan telah dibuat kepada bentuk atau muatan kapal layar itu; atau

(b)

didapati bahawa tanan kapal layar itu telah silap disukat.