Malaysia legislation

Section 19

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 19

Nama kapal layar

(1)

Apabila membuat permohonan untuk pendaftaran sesuatu kapal layar, pemohon hendaklah mencadangkan nama yang dengannya kapal layar itu akan dikenali.

(2)

Kehendak yang mengawal selia nama kapal layar yang akan didaftarkan hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Seseorang tidak boleh memerihalkan sesuatu kapal layer

Langkawi dengan apa-apa nama selain nama yang dengannya kapal layar itu pada masa itu didaftarkan.

(4)

Pemunya sesuatu kapal layar Langkawi tidak boleh mengubah nama kapal layar itu, atau menyebabkan atau membenarkan apa-apa perubahan sedemikian, tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah terlebih dahulu.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah, jika ditunjukkan sehingga dia berpuas hati bahawa nama sesuatu kapal layar Langkawi telah diubah tanpa kebenarannya, mengarahkan supaya digunakan semula nama bagi kapal layar itu pada masa ia didaftarkan sebelum pertukaran itu, dan berdasarkan arahan sedemikian, tetapi tertakluk kepada peraturan-peraturan mengenai pengukiran dan penandaan kapal layar, pemunya kapal layar itu hendaklah menyebabkan nama itu diukir dan ditandakan pada badan kapal layar itu.

(6)

Ketua Pengarah boleh, jika ada pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi apa-apa kehendak atau arahan yang diberikan di bawah seksyen ini berkenaan dengan kapal layar itu, menahan kapal layar itu sehingga pelanggaran itu berhenti, atau kehendak atau arahan itu dipatuhi, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 24