Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
Pengukiran dan penandaan kapal layar
(1)
Tiap-tiap kapal layar hendaklah, sebelum kapal layar itu didaftarkan, diukir dan ditandai secara kekal dan mudah dilihat sehingga Ketua Pengarah berpuas hati mengikut kehendak yang ditetapkan.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, mendaftarkan sesuatu kapal layar sebelum ia diukir dan ditandai.
(3)
Menteri boleh mengecualikan mana-mana kelas kapal layar atau suatu kapal layar tertentu daripada semua atau mana-mana kehendak seksyen ini tertakluk kepada apa-apa syarat yang dia boleh kenakan.
(4)
Ketua Pengarah boleh, apabila menerima perakuan daripada juruukur yang menyatakan bahawa sesuatu kapal layar tidak diukir dan ditandai dengan cukup atau tepat, menahan kapal layar itu sehingga ketidakcukupan atau ketidaktepatan itu telah diperbaiki.