Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Permohonan untuk pendaftaran
(1)
Permohonan untuk pendaftaran sesuatu entiti kapal layar hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan dan hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan.
(2)
Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan entiti kapal layar itu dan hendaklah mencatatkan dalam Daftar Entiti Kapal Layar butir-butir yang ditetapkan.
Perakuan pendaftaran 22.
Apabila sesuatu entiti kapal layar didaftarkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran dalam borang yang ditetapkan.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 25
Keengganan untuk mendaftarkan entiti kapal layar 23.
Ketua Pengarah boleh enggan mendaftarkan sesuatu entiti kapal layar jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
syarat-syarat yang ditetapkan berkenaan dengan sesuatu permohonan untuk pendaftaran entiti kapal layar itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 21 tidak dipatuhi; atau
(b)
ada kemungkinan entiti kapal layar itu terlibat dalam kegiatan jenayah.