Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Penamatan pendaftaran entiti kapal layar
(1)
Ketua Pengarah boleh menamatkan pendaftaran sesuatu entiti kapal layar jika dia menentukan bahawa, dengan mengambil kira perkara yang disebut dalam seksyen 23, tidaklah membawa faedah kepada kepentingan Pejabat Pendaftaran untuk entiti kapal layar itu terus didaftarkan.
(2)
Jika Ketua Pengarah berniat untuk menamatkan pendaftaran entiti kapal layar itu, dia hendaklah menyampaikan suatu notis kepada entiti kapal layar itu yang menyatakan bahawa pendaftaran entiti kapal layar itu akan ditamatkan dan alasan bagi penamatan sedemikian.
(3)
Sebelum menamatkan pendaftaran entiti kapal layar itu, Ketua
Pengarah hendaklah memberi entiti kapal layar itu suatu peluang untuk menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa pendaftaran itu tidak patut ditamatkan.