Malaysia legislation

Section 25

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 25

Pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong

(1)

Suatu kapal layar berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen ini jika—

(a)

kapal layar itu didaftarkan di bawah undang-undang sesuatu negara selain Malaysia, iaitu negara tempat pendaftaran utama;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 26

(b)

kapal layar itu dicarterkan atas terma carter kapal kosong kepada seorang yang layak mempunyai kapal layar di bawah Akta ini;

(c)

kapal layar itu dikendalikan di bawah suatu carter kapal kosong yang mematuhi kehendak yang ditetapkan; dan

(d)

berkenaan dengan kapal layar itu, pejabat pendaftaran utama telah memberikan kebenaran kepada pencarter kapal kosong untuk mendaftarkan kapal layar itu dalam pejabat pendaftaran carter kapal kosong suatu bidang kuasa yang lain.

(2)

Permohonan untuk pendaftaran sesuatu kapal layar di bawah seksyen ini hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan, dan hendaklah mematuhi syarat yang ditetapkan.

(3)

Tiap-tiap permohonan untuk pendaftaran hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan dan apa-apa dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.

(4)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan kapal layar itu dan hendaklah mencatatkan dalam Daftar Kapal Layar butir-butir yang ditetapkan.

(5)

Apabila kapal layar itu didaftarkan, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran carter kapal kosong dalam borang yang ditetapkan.

(6)

Pendaftaran kapal layar itu di bawah seksyen ini hendaklah, melainkan jika ditamatkan di bawah seksyen 27, terus berkuat kuasa sehingga akhir tempoh carter kapal kosong itu dan hendaklah kemudian itu tamat.

(7)

Jika suatu kapal layar didaftarkan di bawah seksyen ini atau jika pendaftaran kapal layar itu ditamatkan menurut seksyen 27, butir-butir berkenaan dengan kapal layar sedemikian hendaklah dimaklumkan kepada pihak berkuasa di negara tempat pendaftaran utama.

(8)

Sesuatu kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong yang didaftarkan di bawah seksyen ini hendaklah bagi maksud

Akta ini dianggap sebagai suatu kapal layar Langkawi dan kehendak mengenai suatu kapal layar Langkawi di bawah Akta ini hendaklah terpakai kepada kapal layar sedemikian sehingga takat kehendak itu berkaitan.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 27

(9)

Jika suatu kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong didaftarkan di bawah seksyen ini, hak ataupun kepentingan ketuanpunyaan pemunya berkenaan dengan kapal layar itu, atau hak dan obligasi mana-mana pihak kepada suatu kontrak, bil jualan, gadai janji, caj atau surat cara lain yang mewujudkan atau melupuskan suatu kepentingan undang-undang atau ekuiti dalam kapal layar itu, sama ada wujud pada tarikh pendaftaran kapal layar itu di bawah seksyen ini atau yang diwujudkan selepas tarikh itu, tidak akan terjejas oleh pendaftaran sedemikian atau tertakluk kepada

Akta ini.