Malaysia legislation
Section 26
Seksyen 26
Keengganan untuk mendaftarkan kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong
(1)
Ketua Pengarah boleh enggan mendaftarkan sesuatu kapal layar di bawah seksyen 25 jika—
(a)
ternyata bahawa—
(i)
pemunya kapal layar itu tidak memberikan keizinan bagi pendaftaran kapal layar itu di bawah Akta ini; atau
(ii)
seorang pemegang gadai janji bagi kapal layar itu tidak memberikan keizinan bagi pendaftaran kapal layar itu di bawah Akta ini;
(b)
tanan kapal layar itu tidak dapat ditentukan mengikut
Akta ini atau peraturan-peraturan;
(c)
kapal layar itu tidak dapat diukir dan ditandai mengikut
Akta ini;
(d)
kapal layar itu akan dihalang oleh mana-mana undang-undang yang lain yang kepadanya kapal layar itu tertakluk daripada mengibarkan panji-panji kebangsaan sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 41; atau
(e)
carter kapal kosong itu mempunyai tempoh belum tamat yang kurang daripada satu tahun pada tarikh permohonan untuk mendaftarkan kapal layar itu dibuat.
(2)
Seksyen 16 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, juga terpakai berkenaan dengan kapal layar yang berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen 25 seolah-olah kapal layar itu berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen 8 dan 9.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 28