Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
Penamatan pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong
(1)
Ketua Pengarah hendaklah, jika dia berpuas hati, menamatkan pendaftaran sesuatu kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong—
(a)
jika kapal layar itu tidak lagi dikendalikan di bawah carter kapal kosong, sama ada oleh sebab penamatan carter kapal kosong itu atau selainnya;
(b)
jika pemindahan hak dan obligasi pencarter kapal kosong itu olehnya di bawah carter kapal kosong menyebabkan pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong itu terhenti;
(c)
jika pejabat pendaftaran utama berkenaan dengan kapal layar itu telah ditutup atau diungkai; atau
(d)
jika kebenaran yang dirujuk dalam perenggan 25(1)(d)
dibatalkan atau ditarik balik.
(2)
Seksyen 17 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, juga terpakai berkenaan dengan kapal layar yang berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen 25 seolah-olah kapal layar itu berhak untuk didaftarkan di bawah seksyen 8 dan 9.
(3)
Jika Ketua Pengarah berniat untuk menamatkan pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong, dia hendaklah menyampaikan suatu notis kepada pencarter kapal kosong itu yang menyatakan bahawa pendaftaran kapal layar itu akan ditamatkan dan alasan bagi penamatan sedemikian.
(4)
Sebelum menamatkan pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong itu, Ketua Pengarah hendaklah memberi pencarter kapal kosong itu suatu peluang untuk menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa pendaftaran itu tidak patut ditamatkan.
Pindah hakmilik, perpindahan dan gadai janji tidak terpakai 28.
Peruntukan Penggal 6 Bahagian ini yang berhubungan dengan pindah hakmilik, perpindahan dan gadai janji tidak terpakai bagi kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong yang didaftarkan di bawah seksyen 25.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 29
Kebenaran untuk mendaftarkan kapal layar di pejabat pendaftaran carter kapal kosong suatu bidang kuasa yang lain