Malaysia legislation
Section 29
Seksyen 29
(2)
Pemunya sesuatu kapal layar Langkawi yang berniat untuk mendaftarkan kapal layar itu di pejabat pendaftaran carter kapal kosong suatu bidang kuasa yang lain hendaklah memohon kepada
Ketua Pengarah secara bertulis dan memberikan apa-apa butir sebagaimana yang ditetapkan.
(3)
Kecuali bagi pendaftaran pemunyaan dan gadai janji, jika ada, yang akan tetap tidak terjejas dalam Pejabat Pendaftaran, pendaftaran kapal layar Langkawi itu di bawah Akta ini hendaklah digantung sementara kapal layar itu berdaftar di pejabat pendaftaran carter kapal kosong suatu bidang kuasa yang lain.
(4)
Pemunya kapal layar Langkawi yang didaftarkan di pejabat pendaftaran carter kapal kosong suatu bidang kuasa yang lain hendaklah dengan serta-merta menyerahkan kembali perakuan pendaftaran bagi kapal layar itu yang dikeluarkan di bawah Akta ini apabila pendaftaran carter kapal kosong itu selesai.
(5)
Ketua Pengarah boleh membatalkan kebenaran yang diberikan di bawah subseksyen (1)—
(a)
jika kapal layar itu tidak lagi didaftarkan di pejabat pendaftaran carter kapal kosong tempat kapal layar itu didaftarkan;
(b)
jika carter kapal kosong itu tamat, sama ada apabila carter kapal kosong itu habis tempoh atau selainnya;
(c)
apabila permohonan dibuat oleh pemunya kapal layar itu atau pemegang gadai janji yang didaftarkan bagi kapal layar itu untuk membatalkan kebenaran yang diberikan menurut subseksyen (1); atau
(d)
atas permintaan pihak berkuasa bidang kuasa yang lain tempat kapal layar itu didaftarkan sebagai kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 30