Malaysia legislation

Section 30

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 30

Hak pemunya dan pemegang gadai janji

(1)

Tertakluk kepada apa-apa hak dan kuasa yang terdapat dalam Daftar Kapal Layar yang terletak hak pada mana-mana orang lain, pemunya sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah mempunyai kuasa untuk melupuskan dengan mutlak kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu, dengan syarat bahawa pelupusan itu dibuat mengikut Akta ini.

(2)

Subseksyen (1) tidaklah menyiratkan bahawa apa-apa kepentingan yang timbul di bawah sesuatu kontrak atau kepentingan ekuiti yang lain tidak boleh wujud berhubung dengan sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu, dan kepentingan sedemikian boleh dikuatkuasakan oleh atau terhadap pemunya atau pemegang gadai janji itu berkenaan dengan kepentingannya mengenai kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu mengikut cara yang sama sebagaimana yang berkenaan dengan harta alih.

(3)

Pemunya sesuatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan resit yang berkesan bagi apa-apa wang yang telah dibayar atau yang telah didahulukan sebagai balasan bagi apa-apa pelupusan kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.