Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
Pindah hakmilik kapal layar atau bahagian
(1)
Apa-apa pindah hakmilik sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah dilaksanakan melalui suatu bil jualan yang mematuhi kehendak yang ditetapkan.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 31
(2)
Jika suatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu telah dipindahkan hakmiliknya mengikut subseksyen(1), penerima pindah hakmilik itu tidak boleh didaftarkan sebagai pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu melainkan jika—
(a)
dia telah membuat permohonan yang ditetapkan kepada
Ketua Pengarah; dan
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu terus dipunyai sehingga takat yang ditetapkan oleh seorang yang layak untuk mempunyai suatu kapal layar atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu di bawah Akta ini, dan bahawa tidak wujud alasan lain yang berdasarkannya pendaftaran kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu boleh ditolak di bawah Akta ini.
(3)
Jika sesuatu permohonan di bawah subseksyen (2) diluluskan oleh Ketua Pengarah, dia hendaklah mendaftarkan penerima pindah hakmilik itu sebagai pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.
(4)
Bil jualan berkenaan dengan sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah dicatatkan dalam Daftar Kapal Layar mengikut susunan bil jualan itu dikemukakan kepada Ketua Pengarah.