Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
Perpindahan kapal layar atau bahagian
(1)
Jika suatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu berpindah kepada mana-mana orang melalui apa-apa cara yang sah selain melalui pindah hakmilik di bawah seksyen 31, orang itu tidak boleh didaftarkan sebagai pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu melainkan jika—
(a)
dia telah membuat permohonan yang ditetapkan kepada
Ketua Pengarah; dan
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu terus dipunyai sehingga takat yang ditetapkan oleh seorang yang layak untuk mempunyai suatu kapal layar atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu di bawah Akta ini, dan bahawa tidak wujud alasan lain yang berdasarkannya pendaftaran kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu boleh ditolak di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 32
(2)
Jika sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) diluluskan oleh Ketua Pengarah, dia hendaklah menyebabkan supaya nama pemohon itu didaftarkan sebagai pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.