Malaysia legislation

Section 33

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 33

Pindah hakmilik menurut penjualan oleh Mahkamah

(1)

Jika Mahkamah memerintahkan penjualan sesuatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu, perintah Mahkamah itu hendaklah mengandungi suatu perisytiharan yang meletakhakkan pada seseorang yang dinamakan hak untuk memindahkan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.

(2)

Orang yang dinamakan sedemikian berhak untuk memindahkan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu mengikut cara yang sama dan sehingga takat yang sama seolah-olah dia merupakan pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menguruskan apa-apa permohonan yang berhubungan dengan pemindahan hakmilik kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu yang dibuat oleh orang yang dinamakan seolah-olah orang itu merupakan pemunya bagi kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.

Kuasa Mahkamah 33A.

Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut tanpa menjejaskan penjalanan apa-apa kuasa lain Mahkamah, atas permohonan mana-mana orang yang berkepentingan, membuat suatu perintah yang melarang bagi suatu masa yang dinyatakan, apa-apa urusan dengan suatu kapal layar Langkawi atau apa-apa bahagian mengenai kapal layar itu, dan Mahkamah boleh membuat perintah itu atas apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil, boleh enggan untuk membuat perintah itu atau boleh membatalkan perintah itu apabila dibuat, dengan atau tanpa kos, dan pada amnya boleh bertindak dalam kes itu sebagaimana yang dikehendaki mengikut keadilan kes itu, dan Ketua Pengarah, tanpa menjadi suatu pihak kepada prosiding itu, hendaklah, apabila perintah itu atau suatu salinan rasmi perintah itu disampaikan kepadanya, mematuhi perintah itu.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 33