Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Gadai janji kapal layar atau bahagian
(1)
Sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu boleh dijadikan cagaran bagi pembayaran balik pinjaman atau pelepasan daripada apa-apa obligasi yang lain.
(2)
Surat cara yang mewujudkan apa-apa cagaran sedemikian yang dirujuk “gadai janji” dalam Bab ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan.
(3)
Jika suatu gadai janji yang disempurnakan mengikut subseksyen (2) dikemukakan kepada Ketua Pengarah, dia hendaklah mendaftarkan gadai janji itu mengikut cara yang ditetapkan.
(4)
Bagi maksud subseksyen (1), “kapal layar Langkawi”
termasuklah sesuatu kapal layar yang sedang dibina.
Keutamaan gadai janji yang didaftarkan 35.
(1)
Jika dua gadai janji atau lebih didaftarkan berkenaan dengan kapal layar Langkawi yang sama atau bahagian yang sama mengenai kapal layar itu, keutamaan antara pemegang gadai janji itu hendaklah ditentukan mengikut susunan gadai janji itu didaftarkan.
(2)
Sesuatu gadai janji berkenaan dengan suatu kapal layar yang sedang dibina hendaklah, bagi maksud menentukan keutamaan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang lain, dan dalam semua perkara yang lain, dianggap sebagai suatu gadai janji yang didaftarkan bagi suatu kapal layar Langkawi dan hendaklah terus dianggap sedemikian sehingga gadai janji itu dilepaskan, walaupun kapal layar yang sedang dibina itu terhenti didaftarkan di bawah Akta ini; dan suatu kapal layar yang sedang dibina hendaklah, bagi maksud suatu gadai janji berkenaan dengan kapal layar yang sedang dibina itu di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang yang lain, dianggap sebagai harta maritim.