Malaysia legislation

Section 36

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 36

Kuasa menjual pemegang gadai janji yang didaftarkan

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap pemegang gadai janji yang didaftarkan bagi sesuatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu hendaklah, sekiranya wang

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 34

gadai janji atau mana-mana bahagian daripada wang itu kena dibayar, mempunyai kuasa untuk menjual kapal layar Langkawi itu atau bahagian mengenai kapal layar itu dan untuk memberikan resit yang berkesan bagi wang belian itu.

(2)

Jika dua pemegang gadai janji atau lebih didaftarkan berkenaan dengan kapal layar Langkawi yang sama atau bahagian yang sama mengenai kapal layar itu, seseorang pemegang gadai janji yang kemudian tidak boleh, kecuali di bawah suatu perintah Mahkamah, menjual kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu tanpa persetujuan tiap-tiap pemegang gadai janji yang sebelumnya.

Gadai janji tidak terjejas oleh kebankrapan 36A.

Sesuatu gadai janji yang didaftarkan bagi suatu kapal layar

Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu tidak terjejas oleh apa-apa tindakan kebankrapan yang dilakukan oleh penggadai janji selepas tarikh pendaftaran gadai janji itu, walaupun penggadai janji pada permulaan kebankrapannya mempunyai kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu dalam pemilikan, perintah atau pelupusannya, atau penggadai janji itu ialah pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu yang diketahui, dan gadai janji itu hendaklah mendapat keutamaan berbanding dengan apa-apa hak, tuntutan atau kepentingan dalam kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu mana-mana pemiutang lain bankrap itu atau mana-mana pemegang amanah atau pemegang serah hak bagi pihak pemiutang itu.