Malaysia legislation

Section 37

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 37

Pindah hakmilik gadai janji yang didaftarkan

(1)

Sesuatu gadai janji yang didaftarkan berkenaan dengan suatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu boleh dipindahkan hakmiliknya melalui suatu surat cara yang dibuat dalam bentuk yang ditetapkan.

(2)

Jika surat cara sedemikian dikemukakan kepada Ketua

Pengarah, dia hendaklah mendaftarkan penerima pindah hakmilik itu mengikut cara yang ditetapkan.

Perlindungan bagi penggadai janji yang didaftarkan 38.

Jika sesuatu kapal layar Langkawi atau sesuatu bahagian mengenai kapal layar itu tertakluk kepada suatu gadai janji yang didaftarkan—

(a)

kecuali setakat yang perlu untuk menjadikan kapal layar

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 35

itu atau bahagian mengenai kapal layar itu tersedia sebagai cagaran bagi hutang gadai janji itu, pemegang gadai janji itu tidak boleh oleh sebab gadai janji itu dianggap sebagai pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu; dan

(b)

penggadai janji itu hendaklah dianggap tidak berhenti menjadi pemunya kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.

Perpindahan gadai janji melalui kuat kuasa undang-undang 39.

Jika kepentingan seseorang pemegang gadai janji mengenai gadai janji yang didaftarkan berkenaan dengan suatu kapal layar

Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu berpindah kepada mana-mana orang melalui apa-apa cara yang sah selain melalui pindah hakmilik di bawah seksyen 37, Ketua Pengarah hendaklah apabila dikemukakan keterangan yang ditetapkan menyebabkan nama orang itu dicatatkan dalam Daftar Kapal Layar sebagai pemegang gadai janji kapal layar itu atau bahagian mengenai kapal layar itu.

Pelepasan gadai janji yang didaftarkan 40.

Jika sesuatu gadai janji yang didaftarkan berkenaan dengan suatu kapal layar Langkawi atau suatu bahagian mengenai kapal layar itu telah dilepaskan, Ketua Pengarah hendaklah, apabila dikemukakan surat ikatan gadai janji dan apa-apa keterangan mengenai pelepasan gadai janji sebagaimana yang ditetapkan, menyebabkan suatu catatan dibuat dalam Daftar Kapal Layar yang bermaksud bahawa gadai janji itu telah dilepaskan.

Section 37 — AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003