Malaysia legislation

Section 45

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 45

Keanggotaan jika kapal layar melakukan pelayaran atau selainnya tidak dalam pelayaran

(1)

Sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah dianggotai mengikut dokumen keanggotaan selamat bagi kapal layar itu yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan dan dengan syarat yang ditetapkan.

(2)

Jika sesuatu kapal layar Langkawi tidak dalam pelayaran dan tidak dalam tempat berlabuh yang selamat yang mana kapal layar itu boleh ditinggalkan tanpa jagaan, bilangan anak kapal yang mencukupi hendaklah berada di atas kapal layar itu pada bila-bila masa untuk berbalas dengan secukupnya dalam apa-apa keadaan seperti kebakaran, ketenggelaman atau kecemasan yang lain yang boleh menjejaskan keselamatan kapal layar itu dan kakitangannya, dan alam sekitar.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 37

(3)

Jika—

(a)

sesuatu kapal layar Langkawi melakukan atau cuba untuk melakukan pelayaran dengan melanggar subseksyen (1);

atau

(b)

sesuatu kapal layar Langkawi tidak mempunyai bilangan anak kapal yang mencukupi sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (2), kapal layar itu, jika berada di Malaysia, boleh ditahan oleh Ketua

Pengarah sehingga pelanggaran itu terhenti.

Orang yang mempunyai sijil hendaklah diambil kerja sebagai nakhoda dan anak kapal pengawasan 46.

Pemunya sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah mengambil kerja hanya nakhoda dan anak kapal pengawasan yang mempunyai sijil di atas kapal layar itu.

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN,

PENGAMBILAN KERJA DAN PELEPASAN

Pemakaian Akta in bagi pengambilan kerja nakhoda atau anak kapal 46A.

Peruntukan Akta ini hendaklah terpakai berkenaan dengan pengambilan kerja seorang nakhoda atau anak kapal suatu kapal layar Langkawi.