Malaysia legislation

Section 47

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 47

Perjanjian anak kapal

(1)

Suatu perjanjian secara bertulis hendaklah dibuat antara setiap orang yang diambil kerja sebagai anak kapal di atas sesuatu kapal layar Langkawi dengan orang yang mengambilnya bekerja, dan hendaklah ditandatangani oleh anak kapal itu dan oleh atau bagi pihak mereka, kedua-duanya.

(2)

Perjanjian yang dibuat di bawah seksyen ini dengan beberapa orang yang diambil kerja di atas sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah terkandung dalam satu dokumen, yang dalam Bahagian ini dirujuk “perjanjian anak kapal”, tetapi jika diluluskan sedemikian oleh Ketua Pengarah—

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 38

(a)

perjanjian yang hendaklah dibuat di bawah seksyen ini dengan orang yang diambil kerja di atas sesuatu kapal layar Langkawi boleh terkandung dalam lebih daripada satu perjanjian anak kapal; dan

(b)

satu perjanjian anak kapal boleh berkaitan dengan lebih daripada satu kapal layar Langkawi.

(3)

Bentuk dan kandungan perjanjian anak kapal hendaklah sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah, dan perjanjian anak kapal yang berlainan dengan bentuk dan kandungan yang berlainan boleh diluluskan sedemikian untuk hal keadaan yang berlainan.

(4)

Nakhoda atau pemunya kapal layar itu hendaklah memastikan bahawa perjanjian anak kapal dibawa mengikut apa-apa cara yang ditetapkan di atas kapal layar Langkawi yang dengannya perjanjian itu berkaitan apabila kapal layar itu melakukan pelayaran.

(5)

Sesuatu kontrak perseorangan berkenaan dengan pengambilan kerja seorang anak kapal suatu kapal layar Langkawi hendaklah batal dan tidak sah sehingga takat kontrak perseorangan itu berlawanan atau tidak selaras dengan terma suatu perjanjian anak kapal yang dibuat menurut seksyen ini.

(6)

Ketua Pengarah boleh memberikan pengecualian berkenaan dengan kapal layar Langkawi dan anak kapal yang tertentu daripada kehendak seksyen ini jika dia menentukan bahawa anak kapal yang akan diambil kerja selainnya di bawah suatu perjanjian anak kapal akan diberikan perlindungan yang secukupnya.

(7)

Jika sesuatu pengecualian diberikan di bawah subseksyen

(6)

, suatu salinan dokumen sebagai keterangan bagi pengecualian itu hendaklah dibawa di atas kapal layar Langkawi itu.