Malaysia legislation
Section 48
Seksyen 48
Obligasi pemunya berkenaan dengan kelayakan belayar kapal layar
(1)
Dalam tiap-tiap kontrak pekerjaan antara pemunya sesuatu kapal layar Langkawi dengan nakhoda, atau seseorang anak kapal yang diambil kerja di atas kapal layar Langkawi itu, hendaklah tersirat, walau apa pun mana-mana perjanjian yang bertentangan,
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 39
obligasi pada pemunya bahawa dia, nakhoda dan tiap-tiap ejen yang bertanggungjawab untuk memuatkan kapal layar itu, atau menyediakan atau menghantar kapal layar itu melakukan pelayaran, hendaklah menggunakan segala cara yang munasabah—
(a)
untuk memastikan kelayakan belayar kapal layar itu pada masa kapal layar itu melakukan pelayaran; dan
(b)
mengekalkan kapal layar itu dalam keadaan layak belayar semasa pelayaran itu.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjadikan pemunya kapal layar itu tertakluk kepada apa-apa liabiliti oleh sebab kapal layar itu telah dihantar melakukan pelayaran dalam keadaan tidak layak belayar, jika, kerana hal keadaan yang istimewa, penghantaran kapal layar itu bagi melakukan pelayaran itu dalam keadaan sedemikian adalah munasabah dan wajar.