Malaysia legislation

Section 49

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 49

Pelepasan anak kapal

(1)

Pelepasan seorang anak kapal daripada sesuatu kapal layar

Langkawi hendaklah mematuhi tatacara yang ditetapkan, yang termasuk tatacara yang perlu diikuti berkenaan dengan anak kapal yang ditinggalkan di sesuatu pelabuhan atau tempat selainnya melalui pelepasan daripada kapal layar itu.

(2)

Jika sesuatu kapal layar Langkawi terhenti didaftarkan di

Langkawi di bawah Akta ini, mana-mana anak kapal yang diambil kerja di atas kapal layar itu hendaklah disifatkan telah dilepaskan daripada kapal layar itu sama ada atau tidak dia sebenarnya telah dilepaskan, melainkan dia memberikan keizinan secara bertulis untuk terus bekerja di atas kapal layar itu, yang dalam hal itu, seksyen 49A dan 49B hendaklah terpakai berhubung dengan upahnya seolah-olah kapal layar itu tetap sebagai suatu kapal layar Langkawi.

Pembayaran upah anak kapal 49A. (1) Jika seorang anak kapal sesuatu kapal layar Langkawi yang diambil kerja di bawah suatu perjanjian anak kapal dilepaskan, upah yang genap masa untuk dibayar kepadanya di bawah perjanjian itu hendaklah dibayar kepadanya dengan penuh pada masa dia dilepaskan.

(2)

Jika apa-apa jumlah yang kena dibayar kepada seorang anak kapal tidak dibayar mengikut subseksyen (1), anak kapal itu

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 40

berhak atas upah itu pada kadar yang terakhirnya kena dibayar di bawah perjanjian anak kapal bagi tiap-tiap hari yang upah itu tetap tidak dibayar bagi tempoh lima puluh enam hari berikutan masa pelepasan itu; dan jika apa-apa jumlah yang kena dibayar menurut kuasa subseksyen ini tetap tidak dibayar selepas tamat tempoh itu, jumlah itu akan membawa bunga pada kadar dua puluh peratus setahun.

(3)

Subseksyen (2) tidak terpakai jika kegagalan untuk membayar upah disebabkan oleh—

(a)

suatu pertikaian yang munasabah berkenaan dengan liabiliti;

(b)

perbuatan atau keingkaran anak kapal; atau

(c)

apa-apa sebab yang lain, yang bukan perbuatan salah atau keingkaran orang yang bertanggungjawab untuk membayar upah anak kapal itu atau pekhidmat atau ejennya.

Akaun upah 49B. (1) Nakhoda tiap-tiap kapal layar Langkawi hendaklah menyerahkan kepada tiap-tiap anak kapal yang diambil kerja di atas kapal layar itu di bawah suatu perjanjian anak kapal suatu akaun upah yang genap masa untuk dibayar kepadanya di bawah perjanjian anak kapal itu dan potongan yang tertakluk kepadanya upah itu kena dibayar.

(2)

Akaun itu hendaklah diserahkan tidak lewat dari dua puluh empat jam sebelum masa pelepasan anak kapal itu atau, jika dia dilepaskan tanpa notis atau dengan notis yang kurang dari dua puluh empat jam, pada masa dia dilepaskan.