Malaysia legislation
Section 55
Seksyen 55
Senarai anak kapal
(1)
Nakhoda sesuatu kapal layar Langkawi hendaklah memastikan bahawa butir-butir mengenai tiap-tiap anak kapal yang diambil kerja di atas kapal layar itu dicatatkan dalam senarai anak kapal sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
(2)
Senarai anak kapal itu hendaklah dikemaskinikan jika perubahan dibuat yang berhubungan dengan pengambilan kerja anak kapal.
(3)
Senarai anak kapal itu hendaklah disimpan di atas kapal layar Langkawi itu dan hendaklah tersedia untuk pemeriksaan pada bila-bila masa, dan pemunya kapal layar itu hendaklah mengemukakan senarai anak kapal itu kepada pegawai diberi kuasa mengikut cara yang ditetapkan.
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 43
Penyerahan dokumen apabila nakhoda bertukar 56.
Jika seseorang tidak lagi menjadi nakhoda suatu kapal layar
Langkawi, dia hendaklah menyerahkan atau menyebabkan supaya diserahkan kepada penggantinya dokumen yang berhubungan dengan kapal layar itu dan anak kapal bagi kapal layar itu yang ada dalam jagaannya.