Malaysia legislation

Section 57

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 57

Bantuan dan perkembalian anak kapal yang ditinggalkan atau terlibat dalam kekaraman kapal

(1)

Jika mana-mana orang yang diambil kerja sebagai seorang anak kapal di atas suatu kapal layar Langkawi ditinggalkan di mana-mana negara di luar Malaysia atau dibawa ke negara sedemikian apabila terlibat dalam kekaraman kapal, pemunya kapal layar itu hendaklah membuat peruntukan untuk perkembaliannya dan bagi bantuan dan sara hidupnya sehingga perkembaliannya, dan apa-apa peruntukan yang lain sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh mengeluarkan suatu perintah pembawaan kepada nakhoda kapal layar Langkawi itu supaya orang itu dibawa ke suatu tempat yang ditentukan mengikut peraturan-peraturan.

(3)

Seksyen ini terpakai bagi seseorang yang ditinggalkan apabila dilepaskan menurut seksyen 49, sama ada atau tidak pada masa dia ditinggalkan kapal layar itu masih didaftarkan di bawah Akta ini.

(4)

Jika seseorang yang ditinggalkan atau dibawa ke mana-mana negara memilih untuk tinggal di negara itu selepas tamat tempoh tiga bulan, pemunya kapal layar itu tidak bertanggungan untuk membuat peruntukan bagi perkembaliannya atau bagi apa-apa perkara yang berbangkit selepas tamat tempoh itu.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 44