Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
Kuasa untuk memberikan lesen untuk membuat peruntukan bagi pemindahan fungsi
(1)
Ketua Pengarah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan lesen atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh
Ketua Pengarah kepada mana-mana orang untuk melaksanakan, di bawah suatu rancangan penswastaan, mana-mana daripada fungsi
Ketua Pengarah berhubung dengan pentadbiran dan pengendalian
Pejabat Pendaftaran.
(2)
Sebelum menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1),
Ketua Pengarah hendaklah menyediakan dan mengemukakan kepada
Menteri suatu rancangan penswastaan untuk kelulusannya.
(3)
Tiada rancangan penswastaan boleh dilaksanakan sehingga rancangan itu telah diluluskan oleh Menteri.
(4)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan perkara yang berikut:
(a)
fungsi yang hendaklah dilaksanakan oleh pemegang lesen;
(b)
pematuhan oleh pemegang lesen tentang piawaian pelaksanaan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah;
(c)
jangka masa lesen itu;
(d)
fi tahunan yang kena dibayar oleh pemegang lesen;
(e)
kewajipan tertentu pemegang lesen berkenaan dengan fungsi yang dilaksanakan olehnya; dan
(f)
apa-apa perkara atau syarat yang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah.
(5)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud subseksyen (1).
(6)
Khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan subseksyen
(5)
, Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—
(a)
untuk menetapkan caj, fi atau levi yang hendaklah dibayar kepada pemegang lesen berkenaan dengan fungsi yang dilaksanakan oleh pemegang lesen itu;
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 45
(b)
untuk menetapkan kelayakan orang yang diambil kerja oleh pemegang lesen dan untuk mengawal selia kekompetenan orang itu;
(c)
untuk menetapkan jenis rekod yang hendaklah disimpan oleh pemegang lesen;
(d)
untuk menetapkan jenis penyata yang hendaklah dikemukakan oleh pemegang lesen kepada Ketua Pengarah pada lat-lat tempoh tertentu; dan
(e)
untuk mengawal selia pemeriksaan oleh Ketua Pengarah premis pemegang lesen dan rekod yang disimpan di premis itu.
(7)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memberi kuasa kepada pemegang lesen untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi yang ditetapkan di bawah subseksyen
(5)
dan (6) berkenaan dengan fungsi yang dilaksanakan oleh pemegang lesen itu.
(8)
Sesuatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (7)
hendaklah menyatakan—
(a)
jenis fungsi yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi boleh dituntut, dipungut dan disimpan;
(b)
hak pemegang lesen untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu; dan
(c)
jangka masa bagi hak untuk menuntut, memungut dan menyimpan caj, fi atau levi itu.
(9)
Pemegang lesen yang diberi kuasa di bawah subseksyen (7)
hendaklah—
(a)
menyenggarakan apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;
(b)
mengemukakan kepada Ketua Pengarah apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pemungutan caj, fi atau levi sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah; dan
(c)
membenarkan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mendapatkan akses kepada, atau meneliti atau memeriksa apa-apa dokumen, mesin atau kelengkapan yang diselenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pemungutan caj, fi atau levi.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 46
(10)
Berikutan dengan lesen yang diberikan di bawah subseksyen
(1)
, pemegang lessen hendaklah membuat kepada Kerajaan apa-apa pembayaran sebagaimana yang dipersetujui antara kedua-dua pihak itu.
(11)
Pemegang lesen di bawah subseksyen (7) tidak boleh menjadikan Kerajaan bertanggungan kepada mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa kecederaan, kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh kegagalan pemegang lesen itu untuk melaksanakan obligasinya di bawah Akta ini yang berkenaan dengannya caj, fi atau levi dituntut, dipungut dan disimpan.
(12)
Jika tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh Ketua
Pengarah, pemegang lesen melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat lesen atau mana-mana peruntukan seksyen ini atau peraturan-peratuan yang dibuat di bawah seksyen ini dan gagal untuk meremedi pelanggaran atau kegagalan sedemikian dalam tempoh masa yang dinyatakan, Ketua Pengarah boleh membatalkan lesen yang diberikan kepada pemegang lesen itu menurut subseksyen (1).