Malaysia legislation

Section 60

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 60

Peraturan-peraturan

(1)

Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan lebih baik.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 47

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh—

(a)

mengadakan peruntukan mengenai cara, dan masa, bagi permohonan yang berkaitan dengan pendaftaran kapal layar, termasuk kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong dan entiti kapal layar, hendaklah dibuat, dan maklumat dan dokumen yang hendaklah diberikan berhubung dengan permohonan sedemikian;

(b)

mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi pendaftaran kapal layar, termasuk kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong dan entiti kapal layar, dan syarat-syarat yang hendaklah dipatuhi berkenaan dengan pendaftaran itu;

(c)

mengadakan peruntukan mengenai tatacara bagi keengganan untuk mendaftarkan, atau penamatan atau pembatalan pendaftaran, kapal layar, termasuk kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong dan entiti kapal layar;

(d)

mengadakan peruntukan mengenai penyimpanan Daftar, catatan yang hendaklah dibuat dalam Daftar itu dan pemeriksaan Daftar itu;

(e)

mengadakan peruntukan mengenai pengeluaran perakuan pendaftaran dan perakuan lain di bawah Akta ini, pengemukaan dan penyerahan kembali perakuan itu dan perkara yang perlu direkodkan atau diendorskan pada perakuan itu;

(f)

mengawal selia dan mengadakan peruntukan bagi tatacara mengenai nama bagi kapal layar yang hendak didaftarkan, penempahan nama bagi kapal layar dan perubahan nama bagi kapal layar;

(g)

mengadakan peruntukan mengenai penomboran, dan pengukiran dan penandaan kapal layar yang didaftarkan atau yang hendak didaftarkan;

(h)

mengadakan peruntukan bagi pemeriksaan, penyukatan dan pengukuran kapal layar bagi tujuan menentukan tanan kapal layar itu, dan pengeluaran perakuan tanan, termasuk pembatalan dan penyerahan perakuan itu;

(i)

mengadakan peruntukan bagi perkara mengenai pindah hakmilik, perpindahan dan gadai janji kapal layar Langkawi atau apa-apa bahagian mengenai kapal layar itu, termasuk bentuk surat cara yang terlibat dalam urusan itu;

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 48

(j)

menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

(k)

menetapkan dan mengadakan peruntukan bagi fi yang kena dibayar berkaitan dengan penyediaan apa-apa perkhidmatan oleh Ketua Pengarah atau apa-apa perkara lain di bawah Akta ini, termasuk dius tanah tahunan, cara untuk memungut dan membayar fi sedemikian dan bagi perkara yang berhubungan dengan kegagalan untuk membayar fi sedemikian;

(l)

mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kapal layar Langkawi yang dikendalikan di bawah carter kapal kosong;

(m)

mengawal selia dan mengadakan peruntukan mengenai tatacara berkenaan dengan kapal layar Langkawi yang hendak didaftarkan di pejabat pendaftaran carter kapal kosong dalam bidang kuasa yang lain;

(n)

mengadakan peruntukan bagi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang di atas kapal layar Langkawi, dan untuk melindungi kesihatan orang sedemikian;

(o)

mengadakan peruntukan untuk memberikan kuat kuasa kepada peruntukan yang berkaitan dalam mana-mana konvensyen antarabangsa dan surat cara triti yang lain yang mana Malaysia adalah suatu pihak, setakat mana konvensyen atau surat cara triti itu berhubung dengan keselamatan maritim, sekuriti maritim dan perlindungan alam sekitar marin mengenai kapal layar;

(p)

mengadakan peruntukan bagi pembangunan kod yang mengawal selia perkara berkenaan dengan keselamatan maritim, sekuriti maritim, perlindungan alam sekitar marin dan apa-apa perkara teknikal dan berhubung dengan anak kapal lain yang berkaitan dengan kapal layar Langkawi;

(q)

mengadakan peruntukan mengenai tatacara berkenaan dengan pengambilan kerja dan pelepasan, dan syarat perkhidmatan bagi nakhoda dan anak kapal;

(r)

mengadakan peruntukan bagi penyimpanan, penyenggaraan dan penyerahan dokumen berhubung dengan nakhoda dan anak kapal;

(s)

mengadakan peruntukan bagi latihan, pensijilan dan kelayakan nakhoda dan anak kapal, termasuk piawaian kekompetenan yang hendaklah dicapai, dan keanggotaan kapal layar Langkawi;

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 49

(t)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara di bawah

Akta ini yang dikehendaki supaya atau dibenarkan untuk ditetapkan.

Perubahan fi 60A. Menteri boleh, apabila ternyata padanya perlu atau suai manfaat, membuat apa-apa perubahan kepada fi yang ditetapkan sebagaimana yang difikirkannya sesuai.

Pengubahsuaian borang 60B. Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahsuaian kepada borang yang ditetapkan sebagaimana yang difikirkannya perlu dan patut.

Section 60 — AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003