Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Kehendak bagi perlindungan insurans
Tiap-tiap kapal layar Langkawi hendaklah membawa perlindungan insurans terhadap risiko kerugian dan kerosakan kepada pihak ketiga, khususnya tanggungan pemunya terhadap anak kapal, dan berkenaan dengan pemindahan kapal layar itu sekiranya kapal layar itu ditinggalkan atau menjadi bangkai.
Pemfailan elektronik dokumen 61A. (1) Ketua Pengarah boleh menyediakan suatu perkhidmatan bagi pemfailan atau penyerahsimpanan elektronik mana-mana dokumen yang dikehendaki oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini untuk dikemukakan kepada Ketua
Pengarah.
(2)
Seseorang yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi seorang pelanggan kepada perkhidmatan itu dengan membayar fi yang ditetapkan dan mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(3)
Hanya seseorang pelanggan kepada perkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) boleh memfail dan menyerah simpan dokumen secara elektronik dengan Ketua Pengarah.
Undang-Undang Malaysia
AKTA 630 50
(4)
Ketua Pengarah boleh menentukan dokumen yang boleh difailkan atau diserah simpan secara elektronik.
(5)
Suatu dokumen yang difailkan atau diserah simpan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah mematuhi kehendak bagi pengemukaan dokumen sedemikian jika dokumen itu disampaikan atau dihantar kepada Ketua Pengarah mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(6)
Suatu dokumen yang dikehendaki supaya disetem, ditandatangani atau dimeterai hendaklah, jika dokumen itu dikehendaki supaya difailkan atau diserah simpan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
(7)
Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang difail atau diserah simpan secara elektronik dengan Ketua
Pengarah di bawah subseksyen (1) yang dibekalkan atau dikeluarkan oleh Ketua Pengarah dan diperakui di bawah tandatangan Ketua
Pengarah sebagai salinan yang benar atau cabutan daripada dokumen sedemikian hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding sebagai mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.
(8)
Jika sesuatu dokumen difailkan atau diserah simpan secara elektronik dengan Ketua Pengarah, Ketua Pengarah tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa jua jenis kesilapan atau peninggalan atau yang bagaimana jua pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang dirujuk dalam subseksyen (1), jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam penjalanan biasa penunaian kewajipan Ketua Pengarah atau yang berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan atau pada kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.
Perbelanjaan untuk penghantaran dokumen 61B. Jika berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, transaksi atau perkara Ketua Pengarah berpendapat bahawa perbelanjaan telah ditanggung untuk menghantarkan maklumat atau dokumen lain ke tempat di dalam Malaysia atau di luar Malaysia melalui pos, telegram,
Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 51
faksimile atau cara seumpama yang lain, maka hendaklah kena dibayar sebagai tambahan kepada fi yang ditetapkan, perbelanjaan yang ditanggung berkenaan dengan perkhidmatan, transaksi atau perkara itu.