Malaysia legislation

Section 6

of AKTA PENDAFTARAN KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2003

Seksyen 6

Daftar

(1)

Ketua Pengarah hendaklah menyenggarakan suatu Daftar

Kapal Layar Antarabangsa Langkawi dan suatu Daftar Entiti Kapal

Layar Antarabangsa Langkawi.

(2)

Daftar Kapal Layar Antarabangsa Langkawi hendaklah dibahagikan kepada—

(a)

Bahagian Satu bagi pendaftaran kapal layar, tidak kira panjangnya, yang tidak dicarter sebagai kapal kosong;

(b)

Bahagian Dua bagi pendaftaran kapal layar yang dicarter sebagai kapal kosong; dan

(c)

Bahagian Tiga bagi pendaftaran kapal layar yang sedang dibina.

Undang-Undang Malaysia

AKTA 630 14

(3)

Daftar Kapal Layar hendaklah mengandungi butir-butir mengenai kapal layar Langkawi dan pemunya kapal layar itu, dan kepentingan masing-masing mengenai kapal layar itu, pencarter kapal kosong, gadai janji dan kepentingan pemegang gadai janji, dan apa-apa perkara lain yang ditetapkan.

(4)

Daftar Entiti Kapal Layar Antarabangsa Langkawi hendaklah mengandungi butir-butir yang ditetapkan berkaitan dengan entiti kapal layar yang didaftarkan di bawah Akta ini.

(5)

Tiada kapal layar boleh didaftarkan di bawah lebih daripada satu Bahagian dalam Daftar Kapal Layar pada masa yang sama, tetapi pendaftaran boleh dipindahkan dari satu Bahagian ke suatu

Bahagian yang lain dalam Daftar itu sebagaimana yang sesuai mengikut hal keadaan yang berkenaan.

(6)

Daftar Kapal Layar dan Daftar Entiti Kapal Layar boleh terdiri daripada rekod yang dibuat dengan tangan dan secara elektronik, kedua-duanya, atau apa-apa rekod yang lain sebagaimana yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Ketua

Pengarah.

(7)

Mana-mana orang boleh, apabila permohonan dibuat kepada

Ketua Pengarah dan apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendapatkan suatu cabutan yang diperakui mengenai catatan dalam Daftar Kapal

Layar atau Daftar Entiti Kapal Layar.

Pembetulan Daftar 7.

Ketua Pengarah berhak untuk membetulkan Daftar Kapal Layar atau Daftar Entiti Kapal Layar jika—

(a)

silap tulis telah berlaku; atau

(b)

keterangan yang mencukupi telah dikemukakan untuk memuaskan hatinya bahawa catatan itu tidak betul, dan apabila membuat pembetulan itu dia hendaklah, jika perlu, mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang baru berkenaan dengan kapal layar itu, atau suatu perakuan pendaftaran yang baru berkenaan dengan entiti kapal layar itu.

Pendaftaran Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 15