Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Pendaftaran
(1)
Sesuatu kapal layar berhak untuk didaftarkan di bawah
Akta ini jika kapal layar itu dipunyai oleh—
(a)
warganegara Malaysia atau orang perseorangan yang bukan rakyat Malaysia; atau
(b)
entiti kapal layar yang telah didaftarkan di bawah Akta ini.
(2)
Sesuatu kapal layar yang didaftarkan di bawah Akta ini tidak boleh didaftarkan dalam mana-mana bidang kuasa yang lain, kecuali menurut kebenaran yang diberikan di bawah seksyen 29.