Malaysia legislation
Section 14
Seksyen 14
Mana-mana pegawai Agensi yang menyebabkan, mengapikan, atau turut sama dalam apa-apa dahagi atau ketidaksetiaan terhadap
Agensi atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
21
menyebabkan dahagi atau ketidaksetiaan itu, atau tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan mana-mana dahagi atau ketidaksetiaan itu atau, setelah mengetahui tentang apa-apa dahagi atau ketidaksetiaan atau dahagi atau ketidaksetiaan yang dicadangkan, tidak, tanpa berlengah-lengah, memberikan maklumat mengenai dahagi atau ketidaksetiaan itu kepada pegawai Agensi yang merupakan pegawai atasannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.