PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2004/633
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004 is Malaysia Act, cited as Act 633 2004, currently marked in force and first recorded in 2004.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini dalam bahagian yang berlainan di Malaysia.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Agensi” ertinya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“agensi yang berkaitan” ertinya badan atau agensi yang pada masa ini bertanggungjawab di Malaysia bagi penguatkuasaan mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;
“kesalahan” ertinya mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di Zon Maritim Malaysia;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Penguatkuasaan Maritim
Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“laut wilayah” ertinya perairan wilayah Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Ordinan No. 7 (Kuasa-Kuasa Perlu)
Darurat, 1969 [P.U. (A) 307A/1969];
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi penguatkuasaan maritim Malaysia;
“pegawai agensi” termasuklah Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 5(1);
“pelantar benua” ertinya pelantar benua Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Pelantar Benua 1966
[Akta 83];
“perairan pedalaman” ertinya mana-mana kawasan laut yang terletak di sebelah bahagian darat garis dasar yang darinya lebar laut wilayah Malaysia diukur;
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
7
“perairan perikanan Malaysia” ertinya perairan perikanan Malaysia sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Perikanan 1985 [Akta 317];
“zon ekonomi eksklusif” ertinya zon ekonomi eksklusif Malaysia sebagaimana yang ditentukan mengikut Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 [Akta 311];
“Zon Maritim Malaysia” ertinya perairan pedalaman, laut wilayah, pelantar benua, zon ekonomi eksklusif dan perairan perikanan
Malaysia dan termasuk ruang udara di atas Zon itu.
Bahagian II
Penubuhan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya di dalam Zon Maritim Malaysia bagi memelihara undang-undang dan ketenteraman, mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keselamatan, mencegah dan mengesan jenayah, menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah dan mengumpul risikan keselamatan.
Pelantikan Ketua Pengarah Agensi
Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengarah oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Ketua Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.
Ketua Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh jawatannya sebagai Ketua Pengarah, disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam am Persekutuan bagi maksud tatatertib.
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.
Ketua Pengarah hendaklah, sebelum mula menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya, membuat, di hadapan Yang di-Pertuan Agong dengan cara yang diakuinya sebagai yang paling mengikat perasaan hati nuraninya, suatu akuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 19.
Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa sebagai keterangan tentang pelantikannya.
Pelantikan pegawai-pegawai lain Agensi
Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan bahawa pangkat pegawai yang dilantik itu hendaklah dikira sebagai setara dengan pangkat—
pegawai polis sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];
pegawai kastam sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan
mana-mana pegawai lain yang pangkatnya dinyatakan dalam atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan undang-undang yang dinyatakan dalam subseksyen 7(3) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang diperuntukkan bagi pegawai itu di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain
Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu.
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua
Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikan pegawai itu di bawah Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia
Suatu badan yang dikenali sebagai Pasukan Sukarelawan Maritim
Malaysia ditubuhkan.
Anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia
Suatu permohonan untuk menjadi anggota
Pasukan
Sukarelawan Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh meluluskan atau menolak mana-mana orang menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah boleh memanggil mana-mana anggota Pasukan
Sukarelawan Maritim Malaysia untuk melaksanakan secara sukarela apa-apa tugas yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia adalah tertakluk kepada arahan, perintah dan kawalan
Ketua Pengarah semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah subseksyen (4).
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
11
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia—
boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan; dan
Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
Penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia
Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia jika—
Pasukan Kadet Maritim Malaysia bagi mana-mana kawasan di
Malaysia.
Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia
tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana sekolah menengah yang ditentukan oleh
Menteri setelah berunding dengan
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran;
atau
yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu;
Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet
Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet Maritim
Malaysia.
Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam Pasukan
Kadet Maritim Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan.
Bahagian III
Fungsi Agensi
menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;
memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana yang diperuntukkan di
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
13
bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
[Akta 621];
menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan;
menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi; dan
secara amnya melaksanakan apa-apa kewajipan yang lain bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, fungsi Agensi hendaklah dilaksanakan di dalam Zon Maritim Malaysia.
,
Agensi hendaklah bertanggungjawab—
bagi pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik, di lautan lepas.
Kuasa Agensi
Secara khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Agensi hendaklah mempunyai kuasa—
untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan sesuatu kesalahan;
untuk memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, struktur, vesel atau pesawat udara dan untuk menahan mana-mana vesel atau pesawat udara;
untuk menuntut pengemukaan apa-apa lesen, permit, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain dan untuk memeriksa lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu atau membuat salinan atau mengambil cabutan daripada lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu;
untuk menyiasat apa-apa kesalahan yang
Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai sedang dilakukan atau hampir akan dilakukan atau telah dilakukan;
untuk memeriksa dan menyita mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau
Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan;
untuk melupuskan mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan;
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
15
untuk menangkap mana-mana orang yang
Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan; dan
untuk menyingkirkan mana-mana vesel yang Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai akan memudaratkan kepentingan atau membahayakan ketenteraman dan kesejahteraan dalam Zon Maritim Malaysia.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, semua kuasa yang boleh digunakan oleh mana-mana agensi yang berkaitan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di
Zon Maritim Malaysia.
Walau apa pun subseksyen (2), tiada vesel boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan vesel itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas.
Bagi maksud subseksyen (4) laluan sesuatu vesel merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan vesel itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan Malaysia.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (5), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan Malaysia:
apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik
Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa;
apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis senjata;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan pertahanan atau keselamatan
Malaysia;
apa-apa perbuatan propaganda yang bermaksud menjejaskan keamanan, pertahanan atau keselamatan Malaysia;
pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, fiskal, imigresen atau kesihatan Malaysia;
apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengganggu mana-mana sistem komunikasi atau mana-mana kemudahan atau pepasangan lain Malaysia; dan
apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.
Kuasa tambahan
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai Agensi dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai
Daerah Polis di bawah jagaannya;
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis; dan
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara
Jenayah dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah
Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan
Akta ini dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Bahagian IV
Pendakwaan
Walau apa-apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, jika seseorang ditangkap di bawah Akta ini, tiada pendakwaan boleh dimulakan terhadap orang itu kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
Laporan status penyiasatan
Agensi hendaklah memberikan laporan status berkenaan dengan penyiasatan kesalahan itu kepada pemberi maklumat tidak lewat daripada dua minggu dari penerimaan permintaan itu yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun subseksyen (2), Agensi tidaklah dikehendaki memberikan laporan status tentang penyiasatan sesuatu kesalahan—
melainkan jika kesalahan yang diadukan itu merupakan kesalahan boleh tangkap;
melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat itu; dan
yang mengandungi apa-apa perkara yang mungkin akan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan kesalahan itu.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
19
Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan
Agensi telah gagal untuk memberikan laporan status kepada pemberi maklumat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk kepada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat laporan kepada Pendakwa Raya tentang kegagalan itu.
Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (4), Pendakwa
Raya hendaklah mengarahkan Agensi supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci tentang penyiasatan yang telah dijalankan oleh Agensi berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat.
Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat, atau mengarahkan Agensi supaya memberi pemberi maklumat, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa
Raya.
Mana-mana pegawai Agensi yang tidak mematuhi arahan
Pendakwa Raya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Perlindungan pegawai Agensi
Tiada tindakan boleh dibawa terhadap mana-mana pegawai
Agensi atau mana-mana anggota Pasukan Sukarelawan Maritim
Malaysia berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dengan suci hati dalam melaksanakan atau yang berupa sebagai melaksanakan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Pengenalan diri
Maritim Malaysia semasa bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai atau anggota itu bertindak atau daripadanya pegawai atau anggota itu meminta apa-apa maklumat kad kuasa yang dikeluarkan kepada pegawai atau anggota itu di bawah Akta ini.
Membawa senjata
Agensi boleh dalam melaksanakan tugas-tugasnya membawa senjata.
Pembolosan
Jika seorang telah disabitkan di bawah seksyen ini, Pihak
Berkuasa Tatatertibnya boleh mengarahkan supaya semua tunggakan gaji yang kena dibayar kepada orang itu dilucuthakkan.
Dahagi
Mana-mana pegawai Agensi yang menyebabkan, mengapikan, atau turut sama dalam apa-apa dahagi atau ketidaksetiaan terhadap
Agensi atau berkomplot dengan mana-mana orang lain untuk
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
21
menyebabkan dahagi atau ketidaksetiaan itu, atau tidak berusaha dengan sedaya upayanya untuk menumpaskan mana-mana dahagi atau ketidaksetiaan itu atau, setelah mengetahui tentang apa-apa dahagi atau ketidaksetiaan atau dahagi atau ketidaksetiaan yang dicadangkan, tidak, tanpa berlengah-lengah, memberikan maklumat mengenai dahagi atau ketidaksetiaan itu kepada pegawai Agensi yang merupakan pegawai atasannya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.
Penalti kerana menyebabkan ketidaksetiaan
Mana-mana pegawai Agensi boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.
Penyelarasan
Agensi dan agensi-agensi yang berkaitan hendaklah membuat penyelarasan, berunding dan berhubung secara rapat antara satu sama lain dan memberikan bantuan kepada satu sama lain bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Kuasa semasa darurat, krisis khas atau perang
Jika apa-apa keraguan berbangkit tentang sama ada suatu darurat, krisis khas atau perang telah berlaku, suatu proklamasi yang ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong dan dipamerkan di mana-mana tempat yang difikirkan patut oleh Menteri hendaklah menjadi bukti muktamad bagi fakta itu.
Perintah-perintah tetap
Ketua
Pengarah boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran yang disebut “Perintah-Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan-peruntukan Akta ini, tentang kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai-pegawai Agensi dan anggota
Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia, dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk pentadbiran baik Agensi atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada amnya untuk memastikan Agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan.
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
23
Akta 633
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A1561
Akta Agensi Penguatkuasaan
11-01-2018
Maritim Malaysia (Pindaan)
2018
24
Akta 633
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa Meminda
Berkuat kuasa dari
5A
Akta A1561 11-01-2018
5B
Akta A1561 11-01-2018
5C
Akta A1561 11-01-2018
5D
Akta A1561 11-01-2018
7A
Akta A1561 11-01-2018
10
Akta A1561 11-01-2018
11
Akta A1561 11-01-2018
18
Akta A1561 11-01-2018