Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengarah oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat
Perdana Menteri, secara kontrak selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
(3)
Ketua Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan mengikut perkenan Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh jawatannya sebagai Ketua Pengarah, disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam am Persekutuan bagi maksud tatatertib.
(5)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.
(6)
Ketua Pengarah hendaklah, sebelum mula menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya, membuat, di hadapan Yang di-Pertuan Agong dengan cara yang diakuinya sebagai yang paling mengikat perasaan hati nuraninya, suatu akuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 19.
(7)
Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa sebagai keterangan tentang pelantikannya.
Pelantikan pegawai-pegawai lain Agensi