Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh, dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1), menentukan bahawa pangkat pegawai yang dilantik itu hendaklah dikira sebagai setara dengan pangkat—
(a)
pegawai polis sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Polis 1967 [Akta 344];
(b)
pegawai kastam sebagaimana yang dinyatakan dalam atau di bawah Akta Kastam 1967 [Akta 235]; dan
(c)
mana-mana pegawai lain yang pangkatnya dinyatakan dalam atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain, dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] dan undang-undang yang dinyatakan dalam subseksyen 7(3) hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
(3)
Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)
hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang diperuntukkan bagi pegawai itu di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain
Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripada pegawai itu.
(4)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua
Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikan pegawai itu di bawah Akta ini.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 633
Penubuhan Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia