Malaysia legislation

Section 5B

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 5B

Anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia

(a)

dia berumur lapan belas tahun atau lebih;

(b)

dia seorang warganegara Malaysia;

(c)

dia mempunyai kelayakan yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah; dan

(d)

dia memenuhi kehendak lain yang ditentukan oleh Ketua

Pengarah.

(2)

Suatu permohonan untuk menjadi anggota

Pasukan

Sukarelawan Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh meluluskan atau menolak mana-mana orang menjadi anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia.

(4)

Ketua Pengarah boleh memanggil mana-mana anggota Pasukan

Sukarelawan Maritim Malaysia untuk melaksanakan secara sukarela apa-apa tugas yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia adalah tertakluk kepada arahan, perintah dan kawalan

Ketua Pengarah semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah subseksyen (4).

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

11

(6)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia—

(a)

boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan; dan

(b)

tidak berhak kepada apa-apa saraan.

(7)

Seseorang anggota Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia semasa melaksanakan apa-apa tugas di bawah Akta ini hendaklah disifatkan sebagai penjawat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574].

Penubuhan Pasukan Kadet Maritim Malaysia

Section 5B — AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004