Malaysia legislation

Section 5D

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 5D

Pendaftaran ke dalam Pasukan Kadet Maritim Malaysia

(a)

tertakluk kepada Akta Pendidikan 1996 [Akta 550], dia seorang murid yang menjalani pelajaran sepenuh masa di mana-mana sekolah menengah yang ditentukan oleh

Menteri setelah berunding dengan

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelajaran;

atau

(b)

dia seorang pelajar—

(i)

yang berdaftar dan mengikuti bidang pengajian atau latihan sama ada sepenuh masa atau separuh masa di mana-mana institusi pengajian atau latihan yang ditentukan oleh Menteri setelah berunding dengan

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 633

Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi institusi pengajian atau latihan itu;

(ii)

yang merupakan warganegara Malaysia; dan

(iii)

yang berumur di bawah tiga puluh tahun.

(2)

Suatu permohonan untuk didaftarkan ke dalam Pasukan Kadet

Maritim Malaysia hendaklah dibuat dalam borang dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Ketua Pengarah boleh mendaftarkan atau enggan untuk mendaftarkan mana-mana orang ke dalam Pasukan Kadet Maritim

Malaysia.

(4)

Mana-mana orang yang telah didaftarkan ke dalam Pasukan

Kadet Maritim Malaysia tidak berhak kepada apa-apa elaun atau saraan.