Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
menguatkuasakan undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan;
(b)
melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim;
(c)
mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan;
(d)
memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana yang diperuntukkan di
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
13
bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002
[Akta 621];
(e)
menjalankan pengawasan udara dan pantai;
(f)
menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan;
(g)
menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi; dan
(h)
secara amnya melaksanakan apa-apa kewajipan yang lain bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
(2)
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, fungsi Agensi hendaklah dilaksanakan di dalam Zon Maritim Malaysia.
(3)
Walau apa pun subseksyen
(2)
,
Agensi hendaklah bertanggungjawab—
(a)
bagi pelaksanaan tugas mencari dan menyelamat maritim;
(b)
bagi pengawalan dan pencegahan pencemaran maritim;
(c)
bagi pencegahan dan penyekatan pelanunan; dan
(d)
bagi pencegahan dan penyekatan pengedaran haram dadah narkotik, di lautan lepas.
Kuasa Agensi