Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 7

(2)

Secara khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Agensi hendaklah mempunyai kuasa—

(a)

untuk menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan sesuatu kesalahan;

(b)

untuk memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan menggeledah mana-mana tempat, struktur, vesel atau pesawat udara dan untuk menahan mana-mana vesel atau pesawat udara;

(c)

untuk menuntut pengemukaan apa-apa lesen, permit, rekod, perakuan atau apa-apa dokumen lain dan untuk memeriksa lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu atau membuat salinan atau mengambil cabutan daripada lesen, permit, rekod, perakuan atau dokumen lain itu;

(d)

untuk menyiasat apa-apa kesalahan yang

Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai sedang dilakukan atau hampir akan dilakukan atau telah dilakukan;

(e)

untuk menggunakan hak kejar buru;

(f)

untuk memeriksa dan menyita mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau

Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan;

(g)

untuk melupuskan mana-mana ikan, artikel, peranti, barang, vesel, pesawat udara atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengannya apa-apa kesalahan telah dilakukan atau Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah dilakukan;

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

15

(h)

untuk menangkap mana-mana orang yang

Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan suatu kesalahan; dan

(i)

untuk menyingkirkan mana-mana vesel yang Agensi mempunyai sebab untuk mempercayai akan memudaratkan kepentingan atau membahayakan ketenteraman dan kesejahteraan dalam Zon Maritim Malaysia.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, semua kuasa yang boleh digunakan oleh mana-mana agensi yang berkaitan di bawah mana-mana undang-undang persekutuan yang terpakai di

Zon Maritim Malaysia.

(4)

Walau apa pun subseksyen (2), tiada vesel boleh diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau ditahan di dalam kawasan laut wilayah jika laluan vesel itu di dalam laut wilayah merupakan laluan ikhlas.

(5)

Bagi maksud subseksyen (4) laluan sesuatu vesel merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan vesel itu tidak memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan Malaysia.

(6)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi maksud subseksyen (5), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan Malaysia:

(a)

apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap kedaulatan, keutuhan wilayah atau kemerdekaan politik

Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara merupakan pelanggaran prinsip undang-undang antarabangsa;

(b)

apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis senjata;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 633

(c)

apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengumpul maklumat yang memudaratkan pertahanan atau keselamatan

Malaysia;

(d)

apa-apa perbuatan propaganda yang bermaksud menjejaskan keamanan, pertahanan atau keselamatan Malaysia;

(e)

pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana pesawat udara;

(f)

pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana peralatan tentera;

(g)

pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang atau orang yang bertentangan dengan undang-undang kastam, fiskal, imigresen atau kesihatan Malaysia;

(h)

apa-apa perbuatan pencemaran;

(i)

apa-apa aktiviti menangkap ikan;

(j)

penjalanan aktiviti penyelidikan atau tinjauan tanpa kebenaran;

(k)

apa-apa perbuatan yang bermaksud untuk mengganggu mana-mana sistem komunikasi atau mana-mana kemudahan atau pepasangan lain Malaysia; dan

(l)

apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung dengan laluan.

Kuasa tambahan