Malaysia legislation

Section 7A

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 7A

(2)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai Agensi dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai

Daerah Polis di bawah jagaannya;

(b)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis; dan

(c)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara

Jenayah dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah

Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan

Akta ini dengan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan Akta ini hendaklah dipakai.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 633

Section 7A — AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004