Malaysia legislation

Section 9

of *AKTA AGENCY PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA 2004

Seksyen 9

Laporan status penyiasatan

(2)

Agensi hendaklah memberikan laporan status berkenaan dengan penyiasatan kesalahan itu kepada pemberi maklumat tidak lewat daripada dua minggu dari penerimaan permintaan itu yang dibuat di bawah subseksyen (1).

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), Agensi tidaklah dikehendaki memberikan laporan status tentang penyiasatan sesuatu kesalahan—

(a)

melainkan jika kesalahan yang diadukan itu merupakan kesalahan boleh tangkap;

(b)

melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat itu; dan

(c)

yang mengandungi apa-apa perkara yang mungkin akan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan kesalahan itu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia

19

(4)

Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan

Agensi telah gagal untuk memberikan laporan status kepada pemberi maklumat dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk kepada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat laporan kepada Pendakwa Raya tentang kegagalan itu.

(5)

Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (4), Pendakwa

Raya hendaklah mengarahkan Agensi supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci tentang penyiasatan yang telah dijalankan oleh Agensi berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat.

(6)

Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat, atau mengarahkan Agensi supaya memberi pemberi maklumat, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa

Raya.

(7)

Mana-mana pegawai Agensi yang tidak mematuhi arahan

Pendakwa Raya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.

Perlindungan pegawai Agensi