Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2004 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 7

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Polis

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 638

1967 [Akta 344], Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan

Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

(3)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2)—

(a)

seseorang Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong

Pengarah dan Penolong Pengarah Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong

Penguasa Polis atau yang lebih tinggi;

(b)

seseorang Penyiasat Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor;

(c)

seseorang Penolong Kanan Pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Sub-Inspektor;

(d)

seseorang Penolong Pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan; dan

(e)

seseorang pegawai Agensi yang berpangkat lebih rendah daripada pangkat seorang Penolong Pegawai, apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan Agensi, hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537].

(4)

Bagi maksud Akta ini—

(a)

jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan

Agensi, Penyiasat atau Penolong Kanan Pegawai dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan yang diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah

Polis di bawah jagaannya;

Agensi Antidadah Kebangsaan 11

(b)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis; dan

(c)

seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]

dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak

Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan

Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Kanun itu.

Section 7 — AKTA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2004 (BELUM BERKUAT KUASA)