PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2004/638
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2004 (BELUM BERKUAT KUASA) is Malaysia Act, cited as Act 638 2004, currently marked in force and first recorded in 2004.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam
Akta ini.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Agensi” ertinya Agensi Antidadah Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Agensi yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan dalam negeri;
“pegawai Agensi” termasuklah Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 5;
“pegawai kanan Agensi” ertinya Ketua Pengarah dan mana-mana pegawai
Agensi yang memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua
Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah.
Bahagian II
Penubuhan Agensi Antidadah Kebangsaan
Agensi hendaklah, tertakluk kepada Akta ini, digunakan khidmatnya bagi pencegahan, pengesanan, penangkapan, penguatkuasaan, penyiasatan dan pendakwaan pesalah-pesalah yang melibatkan kesalahan-kesalahan dadah berbahaya, rawatan dan pemulihan penagih dadah, tahanan pencegahan khas orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kesalahan-kesalahan dadah berbahaya dan pengumpulan risikan keselamatan yang berhubungan dengan aktiviti dadah berbahaya.
Agensi Antidadah Kebangsaan 7
Pelantikan Ketua Pengarah Agensi
Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai Ketua Pengarah oleh Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, secara kontrak selama tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Ketua
Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh pelantikannya sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri.
Ketua Pengarah hendaklah, sepanjang tempoh jawatannya sebagai
Ketua Pengarah, disifatkan sebagai anggota perkhidmatan awam am
Persekutuan bagi maksud tatatertib.
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, perintah, kawalan dan pengawasan segala perkara yang berhubungan dengan Agensi.
Ketua Pengarah hendaklah, sebelum mula menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatannya, membuat, di hadapan Yang di-Pertuan Agong dengan cara yang diakuinya sebagai yang paling mengikat perasaan hati nuraninya, suatu akuan sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 13.
Maka hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa sebagai keterangan tentang pelantikannya.
Pelantikan pegawai lain Agensi
Seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai apa-apa kuasa yang diperuntukkan baginya di bawah Akta ini dan hendaklah tertakluk kepada arahan, perintah, kawalan dan pengawasan Ketua
Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya, dan hendaklah menjalankan kuasanya, melaksanakan fungsinya dan menunaikan kewajipannya dengan mematuhi apa-apa arahan atau petunjuk yang dinyatakan secara lisan atau bertulis oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai lain Agensi yang lebih tinggi pangkatnya daripadanya.
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai Agensi yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang pelantikannya di bawah Akta ini.
Bahagian III
Fungsi Agensi
Fungsi Agensi ialah—
menguatkuasakan, menjalankan dan memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 kecuali seksyen 4, 5, 7, perenggan 9(1)(a), seksyen 11, subseksyen 12(1) dan seksyen 16 dan 17;
menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985;
Agensi Antidadah Kebangsaan 9
menguatkuasakan, mentadbirkan, menjalankan dan memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan
Harta) 1988;
memberikan bantuan dalam apa-apa perkara penyalahgunaan dadah berbahaya atas permintaan Negara asing sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara
Jenayah 2002 [Akta 621];
mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya;
menasihati Menteri mengenai polisi yang berhubungan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah berbahaya, rawatan dan pemulihan penagih dadah, langkah pencegahan khas terhadap orang yang ada kaitan dengan pengedaran dadah berbahaya dan pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan kesalahan dadah berbahaya; dan
secara amnya melaksanakan apa-apa kewajipan lain bagi memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
Kuasa Agensi
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai, bagi maksud Akta ini, segala kuasa dan kekebalan seorang pegawai polis sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Polis
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
1967 [Akta 344], Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan
Khas) 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2)—
seseorang Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah, Ketua Penolong
Pengarah dan Penolong Pengarah Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Penolong
Penguasa Polis atau yang lebih tinggi;
seseorang Penyiasat Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor;
seseorang Penolong Kanan Pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Sub-Inspektor;
seseorang Penolong Pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Sarjan; dan
seseorang pegawai Agensi yang berpangkat lebih rendah daripada pangkat seorang Penolong Pegawai, apabila membawa dan menjaga orang dalam tahanan Agensi, hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah Akta Penjara 1995 [Akta 537].
Bagi maksud Akta ini—
jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan
Agensi, Penyiasat atau Penolong Kanan Pegawai dan bagi maksud itu, tempat perintah, perakuan atau perbuatan yang diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai Daerah
Polis di bawah jagaannya;
Agensi Antidadah Kebangsaan 11
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai balai polis; dan
seseorang pegawai Agensi hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]
dan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak
Diingini 1969 [Akta 7], dan kuasa itu hendaklah sebagai tambahan kepada kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta ini dan bukan pengurangannya, tetapi sekiranya terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan
Kanun Tatacara Jenayah, peruntukan Akta ini hendaklah mengatasi peruntukan Kanun itu.
Bahagian IV
Laporan tentang status penyiasatan
Agensi hendaklah memberikan laporan status tentang penyiasatan kesalahan itu kepada pemberi maklumat tidak lewat daripada dua minggu dari penerimaan permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Walau apa pun subseksyen (2), Agensi tidaklah dikehendaki memberikan laporan status tentang penyiasatan sesuatu kesalahan—
melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
yang mengandungi apa-apa perkara yang mungkin akan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan kesalahan itu.
Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan Agensi telah gagal untuk memberikan laporan status kepada pemberi maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk kepada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat laporan kepada
Pendakwa Raya tentang kegagalan itu.
Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (4), Pendakwa Raya hendaklah mengarahkan Agensi supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci tentang penyiasatan yang telah dijalankan oleh Agensi berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat itu.
Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat itu, atau mengarahkan Agensi supaya memberi pemberi maklumat itu, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa Raya.
Mana-mana pegawai Agensi yang tidak mematuhi arahan Pendakwa
Raya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Laporan pegawai Agensi
Walau apa pun subseksyen (1), Pendakwa Raya boleh pada bila-bila masa, tanpa mengira bahawa tempoh tiga bulan yang disebut dalam subseksyen (1) belum tamat, mengarahkan pegawai Agensi yang membuat penyiasatan itu supaya mengemukakan kepada Pendakwa Raya suatu laporan mengikut bentuk dalam Jadual dan kertas siasatan berkenaan dengan penyiasatan itu.
Seseorang pegawai Agensi yang gagal mengemukakan laporan dan kertas siasatan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh yang boleh sampai satu bulan atau didenda yang boleh sampai satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Pegawai disifatkan sentiasa bertugas
Agensi Antidadah Kebangsaan 13
Tiap-tiap pegawai Agensi hendaklah, bagi maksud Akta ini, disifatkan sentiasa bertugas apabila dikehendaki melaksanakan kewajipan atau fungsinya dan boleh melaksanakan kewajipan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain di mana-mana tempat di dalam atau di luar Malaysia.
Pengenalan diri
Tiap-tiap pegawai Agensi apabila bertindak di bawah Akta ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kepada orang yang terhadapnya pegawai itu bertindak atau yang daripadanya pegawai itu meminta apa-apa maklumat kad kuasa yang dikeluarkan kepada pegawai itu di bawah Akta ini.
Perintah-perintah tetap
Ketua Pengarah boleh mengeluarkan perintah-perintah pentadbiran yang disebut “Perintah-Perintah Tetap”, yang selaras dengan peruntukan Akta ini, tentang kawalan am, latihan, tugas dan tanggungjawab pegawai Agensi, dan bagi apa-apa perkara lain yang perlu atau suai manfaat untuk pentadbiran baik
Agensi atau bagi mencegah penyalahgunaan kuasa atau pengabaian tugas, dan pada amnya bagi memastikan Agensi berfungsi dengan cekap dan berkesan.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
Peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat untuk memberi kesan sepenuhnya kepada atau bagi melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
Agensi Antidadah Kebangsaan 15
JADUAL
[Seksyen 9]
LAPORAN PEGAWAI AGENSI
Kepada Pendakwa Raya.
1. Pada pukul pada hari bulan
20
, saya telah menerima maklumat melalui daripada bahawa suatu telah berlaku di dan bahawa orang telah terlibat atau disyaki terlibat di dalamnya, dan bahawa jumlah amaun harta yang terbabit dalam laporan ialah RM
.
2. Sesudah itu saya terus mengambil tindakan sebagaimana yang diperincikan dalam diari penyiasatan yang disertakan ini.
3. Saya telah memastikan fakta-fakta yang berikut
4. Saya telah memeriksa saksi-saksi yang berikut yang pernyataan mereka disertakan dalam laporan ini: orang yang bertanda “B” adalah terikat oleh Bon untuk hadir di Mahkamah.
5. Dokumen yang berikut disertakan dalam laporan ini sebagai tambahan kepada pernyataan-pernyataan saksi:
Diari Penyiasatan No.
6. Saya berpendapat bahawa kesalahan dizahirkan dan bahawa orang yang berikut terlibat di dalamnya
.
7. Saya mempunyai sebab untuk percaya bahawa orang yang berikut, selain orang tertuduh yang belum ditangkap, boleh memperjelas kes ini tetapi saya belum dapat memeriksa mereka kerana sebab-sebab yang dinyatakan di sini:
8. Barang-barang yang tersebut di bawah telah diperoleh atau didapatkan kembali dan akan digunakan sebagai ekshibit.
Tandatangan
16
Akta 638
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A1514
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 18-08-2016
(Pindaan) 2016
17
Akta 638
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
2
Akta A1514
18-08-2016
7
Akta A1514
18-08-2016