Malaysia legislation
Section 8
of *AKTA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2004 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 8
(2)
Agensi hendaklah memberikan laporan status tentang penyiasatan kesalahan itu kepada pemberi maklumat tidak lewat daripada dua minggu dari penerimaan permintaan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
(3)
Walau apa pun subseksyen (2), Agensi tidaklah dikehendaki memberikan laporan status tentang penyiasatan sesuatu kesalahan—
(a)
melainkan jika tempoh empat minggu telah luput dari tarikh pemberian maklumat itu; dan 12 Undang-Undang Malaysia AKTA 638
(b)
yang mengandungi apa-apa perkara yang mungkin akan memudaratkan penyiasatan kesalahan itu atau pendakwaan kesalahan itu.
(4)
Jika suatu permintaan telah dibuat di bawah subseksyen (1) dan Agensi telah gagal untuk memberikan laporan status kepada pemberi maklumat itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (2), tetapi tertakluk kepada subseksyen (3), pemberi maklumat itu boleh membuat laporan kepada
Pendakwa Raya tentang kegagalan itu.
(5)
Apabila menerima laporan di bawah subseksyen (4), Pendakwa Raya hendaklah mengarahkan Agensi supaya memberinya suatu laporan status yang terperinci tentang penyiasatan yang telah dijalankan oleh Agensi berhubung dengan kesalahan dalam maklumat yang diberikan oleh pemberi maklumat itu.
(6)
Pendakwa Raya hendaklah menyebabkan supaya diberikan kepada pemberi maklumat itu, atau mengarahkan Agensi supaya memberi pemberi maklumat itu, suatu laporan status yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang diarahkan oleh Pendakwa Raya.
(7)
Mana-mana pegawai Agensi yang tidak mematuhi arahan Pendakwa
Raya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Laporan pegawai Agensi