Malaysia legislation

Section 15

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 15

(2)

Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu—

(a)

suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaannya; dan

(b)

suatu pernyataan mengenai kegiatannya.

Tabung Pembangunan Kemahiran 19

(3)

Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang disediakan dalam perenggan (2)(a) dan pernyataan mengenai kegiatannya yang disediakan dalam perenggan (2)(b), yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis

Parlimen.