PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
/akn/my/act/act/2004/640
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004 is Malaysia Act, cited as Act 640 2004, currently marked in force and first recorded in 2004.
Opening note
Bahagian I
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“inspektor” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai
Perbadanan yang dilantik sebagai inspektor di bawah seksyen 66;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;
10
Undang-Undang Malaysia
“kemahiran” ertinya sesuatu kebolehan yang diperoleh dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap;
“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai eksekutif utama Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 25;
“Kumpulan Wang” ertinya Tabung Pembangunan Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah yang ditubuhkan di bawah seksyen 16;
“Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];
“Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan” ertinya badan yang ditubuhkan dengan nama sedemikian oleh Kerajaan untuk tujuan menggubal, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara, atau mana-mana badan yang menggantikan Majlis itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“pelatih” ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran daripada penyedia latihan kemahiran;
“penerima pinjaman” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 16(2)(a);
“penyedia latihan kemahiran” ertinya sesuatu pertubuhan atau organisasi yang menyediakan latihan kemahiran sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan kerajaan;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
Tabung Pembangunan Kemahiran 11
“pinjaman latihan kemahiran” ertinya suatu pinjaman yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah
Akta ini, termasuk apa-apa yuran tuisyen, perbelanjaan kos sara hidup, bantuan kewangan untuk kelengkapan dan bantuan pendidikan, insurans dan apa-apa fi pentadbiran atau bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan;
“program latihan yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran yang dijalankan di Malaysia yang ditauliahkan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dan diluluskan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 44.
Bahagian II
Penubuhan Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini;
segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;
wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada
Kumpulan Wang;
yuran tuisyen, tuntutan insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah
Akta ini;
apa-apa wang yang dibayar dari semasa ke semasa kepada
Perbadanan dan segala wang yang dari semasa ke semasa menjadi kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman latihan kemahiran, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;
12
Undang-Undang Malaysia
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Perbadanan;
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipannya;
wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada
Perbadanan; dan
semua wang lain yang diterima secara sah oleh Perbadanan.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan
Wang
Kumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud—
memberikan pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih bagi pembayaran fi, kelengkapan dan bantuan pendidikan, dan perbelanjaan kos sara hidup dalam tempoh latihan pelatih itu dalam sesuatu program latihan kemahiran yang diluluskan;
membiayai, atau memberikan bantuan kewangan kepada, pelatih-pelatih dalam program latihan kemahiran yang diluluskan selain dengan cara pinjaman latihan kemahiran;
membayar balik pinjaman dan apa-apa wang keluar dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
perbelanjaan pentadbiran, termasuk saraan, faedah persaraan, ganjaran dan elaun lain pegawai dan pekhidmat
Perbadanan; dan
Tabung Pembangunan Kemahiran 13
perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan
Kumpulan Wang dan fungsi-fungsi Perbadanan termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan, atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Perbadanan, atau mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi-fungsi Perbadanan.
Kumpulan Wang Rizab
Perbadanan boleh, dari semasa ke semasa, memindahkan aset ke dalam atau dari Kumpulan Wang Rizab.
Walau apa pun subseksyen (2), pemindahan wang ke dalam dan daripada Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh
Menteri.
Kumpulan Wang Rizab hanya boleh digunakan untuk tujuan pendahuluan pinjaman latihan kemahiran dan untuk pelaburan dalam bon dan sekuriti kerajaan.
Bahagian III
Penubuhan Perbadanan
Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai Perbadanan, dan boleh mendakwa dan didakwa atas namanya.
14
Undang-Undang Malaysia
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, boleh—
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau dengan apa-apa cara-cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih dan apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih, yang terletak hak pada Perbadanan.
Meterai Perbadanan
Meterai Perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Perbadanan secara bertulis.
Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang bermaksud sebagai dimeteraikan dengan meterai Perbadanan itu dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah, sehingga dibuktikan sebaliknya.
Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Perbadanan oleh seorang pegawai atau perkhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.
Meterai Perbadanan bagi Perbadanan hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Tabung Pembangunan Kemahiran 15
Fungsi Perbadanan
Fungsi Perbadanan ialah—
mengenal pasti dan meluluskan program latihan kemahiran yang layak bagi pinjaman latihan kemahiran;
mengadakan dan memberikan pinjaman latihan kemahiran dan bantuan kewangan selain pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih, dan memberikan perkhidmatan dalam mentadbir, mengawas dan memungut pembayaran balik pinjaman; dan
melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada
Perbadanan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain.
Kuasa Perbadanan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), kuasa-kuasa
Perbadanan hendaklah termasuk kuasa—
untuk menggunakan mana-mana harta Perbadanan, alih atau tak alih, untuk kepentingan Kumpulan Wang mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan, termasuk mendapatkan pinjaman dengan menggadaijanjikan harta itu;
untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan organisasi lain, bagi maksud menyelaraskan, memperkemas atau merasionalkan pemberian dan pentadbiran pinjaman latihan kemahiran kepada pelatih dalam program latihan yang diluluskan;
untuk mengenakan fi, termasuk kos sara hidup, insurans dan fi pentadbiran dan bayaran lain bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;
untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan oleh Menteri;
16
Undang-Undang Malaysia
untuk mengadakan kemudahan rekreasi dan menggalakkan aktiviti rekreasi bagi, dan aktiviti yang sesuai bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
untuk mengadakan latihan bagi pegawai dan pekhidmat
Perbadanan dan untuk memberikan pinjaman atau selainnya membuat bayaran bagi latihan itu; dan
untuk membuat apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.
Kuasa untuk melabur
Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam—
Bank Negara Malaysia;
bank dan institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372]; atau
mana-mana institusi kewangan lain yang ditubuhkan atau dilesenkan atau didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan diluluskan oleh
Menteri Kewangan bagi maksud di bawah Akta ini;
pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta
Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan
Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai makna yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 [Akta 498].
Tabung Pembangunan Kemahiran 17
Kuasa tambahan Perbadanan
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan keizinan
jika ia ternyata diperlukan, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Perbadanan, memasuki penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan lain bersama-sama, atau selainnya, dengan—
sesuatu perusahaan, syarikat atau pengusahaan swasta yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;
menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan.
Jaminan dan tanggung rugi
Menteri Kewangan—
Perbadanan tidak boleh mengeluarkan apa-apa surat jaminan atau tanggung rugi kepada seseorang di bawah Akta ini tanpa kelulusan bertulis Menteri dan Menteri Kewangan.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh
Menteri.
18
Undang-Undang Malaysia
Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan sebelum permulaan tahun yang berikutnya tentang amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya, atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan, berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).
Perbadanan boleh mengemukakan kepada Menteri pada bila-bila masa suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.
Peruntukan pinjaman latihan kemahiran dalam anggaran tahunan
hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang, tetapi
Perbadanan hendaklah menyimpan dan menyenggara Kumpulan
Wang dalam keadaan berwang pada sepanjang masa.
Akaun dan laporan
Perbadanan hendaklah, dengan seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan disediakan bagi tahun kewangan itu—
suatu penyata akaun Perbadanan yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaannya; dan
Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun yang disediakan dalam perenggan (2)(a) dan pernyataan mengenai kegiatannya yang disediakan dalam perenggan (2)(b), yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis
Parlimen.
Bahagian IV
Lembaga Pengarah
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:
dua orang yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta, yang akan dilantik oleh Menteri; dan
dua orang yang mempunyai pengetahuan khas atau pengalaman dalam hal kewangan atau perdagangan, yang akan dilantik oleh Menteri.
Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f)
atau (g) hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
Menteri boleh membatalkan pelantikan anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f) atau (g) tanpa memberi alasan tentang pembatalan tersebut.
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
20
Undang-Undang Malaysia
Wakil organisasi pengganti atau yang dinamakan semula
Jika seseorang telah dilantik menjadi anggota Lembaga bagi mewakili penyedia latihan kemahiran, orang itu hendaklah kekal sebagai anggota Lembaga sehingga tamat tempoh pelantikannya atau sehingga pelantikannya dibatalkan oleh Menteri, mengikut mana-mana yang terdahulu, walaupun dia bukan lagi penyedia latihan kemahiran atau terlibat dalam latihan kemahiran.
Timbalan Pengerusi dan Setiausaha
Lembaga hendaklah melantik seorang pegawai Perbadanan sebagai Setiausaha Lembaga.
Anggota silih ganti
Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seorang anggota silih ganti hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota Lembaga.
Anggota silih ganti hendaklah terhenti menjadi anggota sedemikian jika anggota yang ianya sebagai anggota silih ganti berhenti menjadi anggota.
Tabung Pembangunan Kemahiran 21
Elaun atau bayaran balik
Maka bolehlah dibayar kepada tiap-tiap anggota Lembaga yang bukan pekerja Perbadanan apa-apa elaun atau bayaran balik daripada Kumpulan Wang pada kadar atau kadar-kadar sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Jawatankuasa
bolehlah terdiri daripada anggota Lembaga sahaja atau anggota
Lembaga dan mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, tetapi tiap-tiap jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga.
Orang yang tidak layak menjadi anggota Lembaga di bawah
Jadual adalah juga tidak layak menjadi anggota atau jawatankuasa.
Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
Seseorang anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara bertulis kepada
Pengerusi Lembaga.
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Tertakluk kepada Akta ini dan arahan-arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawalselia tatacaranya sendiri.
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
22
Undang-Undang Malaysia
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mesyuarat itu.
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
Anggota jawatankuasa dan orang yang diundang di bawah subseksyen (10) yang bukan pekerja Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang boleh ditentukan oleh
Lembaga, selepas berunding dengan Menteri.
Pewakilan fungsi
Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini—
boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh
Lembaga sama ada secara am atau secara khusus; dan
hendaklah dilaksanakan atau dijalankan oleh jawatankuasa itu atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga itu sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan itu.
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
Menteri boleh memberikan arahan yang selaras dengan peruntukan Akta ini kepada Lembaga dari semasa ke semasa.
Lembaga hendaklah melaksanakan kesemua arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang boleh.
Penzahiran kepentingan
Tabung Pembangunan Kemahiran 23
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan, dan selepas penzahiran itu, semasa perkara itu dibincang atau diputuskan, anggota itu—
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa; dan
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu.
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau anggota jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini.
Bagi maksud seksyen ini—
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
suami atau isterinya;
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga
Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau
mana-mana perbadanan, mengikut pengertian Akta
Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarah atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.
Bahagian V
Ketua Eksekutif
Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan secara keseluruhan fungsi-fungsi dan hal ehwal harian Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 25
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Perbadanan.
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.
Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada buat sementara atau tidak berupaya.
Pelantikan Timbalan Ketua Eksekutif
Lembaga, dengan kelulusan Menteri, boleh melantik seorang
Timbalan Ketua Eksekutif untuk membantu Ketua Eksekutif melaksanakan tugasnya sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen 25(6).
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan
Tertakluk kepada perenggan 9(2)(e) dan seksyen 28 dan 29,
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, boleh menentukan terma dan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan
Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.
26
Undang-Undang Malaysia
Bayaran faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain
Perbadanan boleh membuat perkiraan bagi pembayaran kepada pegawai dan pekhidmatnya serta orang tanggungan mereka apa-apa faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Kelulusan terlebih dahulu Perbendaharaan, Jabatan
Perkhidmatan Awam, dsb., hendaklah diperoleh
dan 29, Perbadanan tidak boleh, tanpa kelulusan bertulis terlebih dahulu Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam atau pihak berkuasa lain yang berkenaan—
mewujudkan atau mengubah suai apa-apa jawatan atau skim perkhidmatan untuk pegawai dan pekhidmat
Perbadanan, termasuk terma dan syarat perkhidmatan dan gaji; atau
apa-apa skim pencen, faedah persaraan, gratuiti dan apa-apa skim yang berhubungan dengan elaun dan saraan lain; dan
Perbadanan boleh melantik atau mengambil kerja ejen dan perunding, termasuk peguam bela dan peguam cara, dan orang lain untuk menguruskan apa-apa urusan atau untuk melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki untuk diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi menjalankan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Perbadanan boleh menerima pakai peraturan, dsb.
Bagi maksud Bahagian ini, Perbadanan, dengan kelulusan
Menteri, boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu mana-mana peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 27
Bahagian VI
ia menjalankan program latihan kemahiran yang didaftarkan di bawah Bahagian VII.
Penyedia latihan kemahiran tidak boleh didaftarkan di bawah
Bahagian ini kecuali—
Permohonan untuk pendaftaran hendaklah dikemukakan oleh penyedia latihan kemahiran dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen dan maklumat bagi maksud memutuskan permohonan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Eksekutif.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pendaftaran dan sebelum memutuskannya, Ketua Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditentukan.
Jika dokumen-dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditentukan atau apa-apa perlanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi suatu permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon.
28
Undang-Undang Malaysia
Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu.
Permohonan pendaftaran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Ketua Eksekutif hendaklah mengemukakan permohonan bersama laporannya tentang permohonan itu kepada Perbadanan.
Kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan bagi pendaftaran
Perbadanan boleh, selepas menimbangkan laporan Ketua
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Penolakan permohonan bagi pendaftaran
Eksekutif—
Permohonan bagi pendaftaran oleh mana-mana orang di bawah seksyen 33 boleh ditolak atas mana-mana atau kesemua alasan yang berikut:
bahawa pemohon tidak menjalankan suatu program latihan yang diluluskan oleh Perbadanan;
bahawa pemohon tidak mematuhi peruntukan-peruntukan
Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah
Akta ini berhubung dengan permohonan yang berkenaan;
dan
bahawa pemohon telah memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan.
Perakuan pendaftaran
Perakuan pendaftaran hendaklah menyatakan di mana premis utama penyedia latihan kemahiran itu menjalankan latihan kemahirannya.
Penyedia latihan kemahiran hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.
Tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Apabila mana-mana penyedia latihan kemahiran berhenti menyediakan latihan kemahiran, penyedia latihan kemahiran itu hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran kepada Ketua
Eksekutif dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberhentian itu.
Kuasa untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran
Tabung Pembangunan Kemahiran 29
penyedia latihan kemahiran itu telah ditamatkan pentauliahannya oleh Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan;
tiada program latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu yang ditauliahkan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan;
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 34; atau
penyedia latihan kemahiran itu telah melanggar mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.
Notis bertulis mengenai niat untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah didaftarkan di bawah seksyen 34 hendaklah disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran itu dan notis itu hendaklah menyatakan alasan bagi penggantungan atau pembatalan itu.
30
Undang-Undang Malaysia
hendaklah diberi peluang yang munasabah untuk didengar sebelum sesuatu pendaftaran itu digantung atau dibatalkan.
Orang ramai diberitahu mengenai pembatalan pendaftaran penyedia latihan kemahiran
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan fakta pembatalan pendaftaran mana-mana penyedia latihan kemahiran disiarkan untuk makluman orang ramai.
Kuasa untuk mengenakan syarat
Perbadanan boleh, pada bila-bila masa atau selepas pendaftaran suatu penyedia latihan kemahiran itu di bawah seksyen 34, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang disifatkannya perlu atau munasabah dan boleh mengubah, meminda atau membatalkan apa-apa syarat atau mengenakan syarat baru atau menambahkan syarat dari semasa ke semasa.
Daftar
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan supaya disimpan suatu daftar penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan di bawah seksyen 34 dan daftar tersebut hendaklah mengandungi semua butir yang berhubungan dengan penyedia-penyedia latihan kemahiran yang dikemukakan di dalam permohonan-permohonan mereka dan program-program latihan yang dijalankan oleh mereka.
Rayuan
keengganan Perbadanan di bawah seksyen 34 untuk mendaftarkan sesuatu penyedia latihan kemahiran; atau
pengantungan atau pembatalan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 37, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa tiga puluh hari dari tarikh notis tentang keengganan atau penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada penyedia latihan kemahiran itu.
Tabung Pembangunan Kemahiran 31
Kuasa Menteri ke atas rayuan
Menteri hendaklah memaklumkan keputusannya secara bertulis kepada orang yang membuat rayuan itu dan kepada Perbadanan melalui Ketua Eksekutif.
Keputusan Menteri ke atas rayuan
Keputusan Menteri ke atas sesuatu rayuan adalah muktamad.
Bahagian VII
Perbadanan boleh mengenal pasti dan meluluskan mana-mana program latihan kemahiran sebagai program latihan yang diluluskan bagi maksud kemudahan pinjaman latihan kemahiran di bawah
Akta ini.
Permohonan untuk kelulusan program latihan
Suatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dan disertakan dengan apa-apa maklumat dan dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Kuasa untuk menggantung atau membatalkan program latihan yang diluluskan
Suatu notis bertulis mengenai niat untuk membatalkan kelulusan sesuatu program latihan kemahiran hendaklah disampaikan oleh Ketua Eksekutif kepada tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan dalam daftar yang disimpan di bawah seksyen 40
dan yang butir-butir pendaftarannya menunjukkan bahawa penyedia latihan kemahiran itu menjalankan program latihan berkenaan.
Tiada kelulusan sesuatu program latihan kemahiran boleh dibatalkan melainkan tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang akan terlibat dengan pembatalan dan yang berhasrat untuk membuat representasi ke atas perkara berkenaan telah diberi peluang untuk didengar.
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan fakta pembatalan sesuatu program latihan kemahiran yang diluluskan disiarkan untuk makluman orang ramai.
Bahagian VIII
Pendaftaran permohonan pinjaman latihan kemahiran
Tiap-tiap permohonan untuk pinjaman latihan kemahiran hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan
apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 33
Tiada fi boleh dikenakan di bawah subseksyen (3) berkenaan dengan sesuatu permohonan oleh institusi yang dimiliki atau dikendalikan oleh Kerajaan atau Kerajaan Negeri atau badan berkanun.
Pada bila-bila masa selepas menerima permohonan pinjaman latihan kemahiran dan sebelum permohonan itu diputuskan, Ketua
Eksekutif boleh melalui notis bertulis menghendaki penyedia latihan kemahiran memberikan dokumen dan maklumat tambahan dalam tempoh yang ditetapkan.
Jika dokumen dan maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (5) tidak diberikan oleh pemohon dalam tempoh yang ditetapkan atau apa-apa pelanjutan tempoh sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak diteruskan, tetapi permohonan baru boleh dibuat oleh pemohon.
Ketua Eksekutif atau mana-mana pegawai Perbadanan boleh pada bila-bila masa memeriksa premis penyedia latihan kemahiran itu untuk menentusahkan kesahihan permohonan itu.
Sesuatu permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum permohonan itu diluluskan atau ditolak.
Kuasa untuk meluluskan atau menolak permohonan pinjaman latihan kemahiran
Ketua Eksekutif boleh—
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakannya.
Penolakan permohonan pinjaman latihan kemahiran
Permohonan pinjaman latihan kemahiran boleh ditolak atas mana-mana atau semua alasan yang berikut:
bahawa jumlah wang yang disediakan untuk pinjaman latihan kemahiran dalam anggaran tahunan di bawah seksyen 14 adalah tidak mencukupi;
34
Undang-Undang Malaysia
bahawa program latihan yang dijalankan itu bukanlah program latihan yang diluluskan;
bahawa pemohon tidak mematuhi peruntukan Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubung dengan permohonan yang berkenaan;
bahawa pemohon telah memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
bahawa kelulusan pinjaman latihan kemahiran berkenaan dengan program latihan itu telah dibatalkan di bawah seksyen 53; atau
bahawa suatu notis mengenai niat untuk membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran di bawah seksyen 34 atau kelulusan program latihan di bawah seksyen 44
telah dikeluarkan.
Pertukaran penyedia latihan atau program
Suatu permohonan bagi pertukaran penyedia latihan atau program latihan hendaklah dibuat kepada Ketua Eksekutif dalam apa-apa borang sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan—
apa-apa dokumen dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Eksekutif; dan
apa-apa fi, jika ada, sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Pembayaran pinjaman latihan kemahiran
Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan boleh menetapkan apa-apa ujian kemampuan sebagaimana yang disifatkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan bagi menentukan dan memilih pelatih yang layak mendapat pinjaman latihan kemahiran.
Perjanjian pinjaman latihan kemahiran
Tabung Pembangunan Kemahiran 35
Terma dan syarat perjanjian latihan kemahiran itu hendaklah ditentukan oleh Perbadanan.
Pembatalan kelulusan pinjaman latihan kemahiran
pemohon gagal mengemukakan perjanjian yang telah ditandatangani sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan;
pemohon memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya palsu atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau telah dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan;
penerima pinjaman enggan atau gagal untuk mengikuti program latihan kemahiran itu; atau
Jika pinjaman dibatalkan di bawah subseksyen (1), tiada pembayaran atau pembayaran lanjut hendaklah dibuat oleh
Perbadanan.
, mana-mana jumlah wang yang telah dibayar dan apa-apa jumlah tambahan yang dikenakan di bawah terma perjanjian pinjaman hendaklah didapatkan kembali oleh Perbadanan mengikut perjanjian berkenaan.
36
Undang-Undang Malaysia
Kewajipan untuk menyenggara rekod pinjaman latihan kemahiran
hendaklah termasuk—
butir-butir tentang tiap-tiap penerima pinjaman, termasuk nama, nombor kad pengenalan, dan alamatnya;
amaun pinjaman latihan kemahiran, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap bayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh permulaan pembayaran balik, dan rekod pembayaran balik;
nama penyedia latihan kemahiran di mana penerima pinjaman menerima latihannya, program latihan yang diluluskan yang di bawahnya penerima pinjaman menerima latihan, tempoh latihan dan tarikh tamat latihan yang dijangkakan; dan
apa-apa butiran lain yang disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.
Bahagian IX
Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi mendapatkan dan memungut pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
Apa-apa pinjaman latihan kemahiran atau mana-mana bahagian pinjaman latihan kemahiran yang tidak dibayar balik bolehlah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang terhutang oleh penerima pinjaman kepada Perbadanan dan Perbadanan boleh mendapatkan hutang itu melalui apa-apa cara yang diperuntukkan di bawah undang-undang bagi mendapatkan kembali hutang sedemikian.
Tabung Pembangunan Kemahiran 37
Pemulangan balik amaun pinjaman latihan kemahiran
Mana-mana penerima pinjaman, hendaklah memulangkan apa-apa amaun bagi mana-mana pinjaman latihan kemahiran—
di mana pembayaran telah dibuat kepadanya akibat fraud atau salah nyataan atau mana-mana perbuatan lain yang menyalahi undang-undang;
jika latihan tidak ditamatkan oleh penerima pinjaman mengikut program latihan yang diluluskan; atau
jika latihan tidak dihadiri oleh penerima pinjaman.
Tanggungjawab penerima pinjaman
Penerima pinjaman hendaklah memaklumkan Perbadanan mengenai—
penggajiannya, termasuk yang menggaji diri sendiri jika dia digajikan.
Ejen pemungutan
Sebagai tambahan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri,
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, boleh melantik apa-apa bilangan ejen pemungutan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi mendapatkan kembali pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran.
38
Undang-Undang Malaysia
Pemulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pinjaman yang dibuat antara
Perbadanan dengan penerima pinjaman di bawah Akta ini, Ketua
Eksekutif, atas permohonan penerima pinjaman yang dibuat sebelum habis tempoh masa yang ditetapkan yang dirujuk dalam subseksyen
, boleh melanjutkan tempoh masa bagi permulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran itu atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Ketua Eksekutif sifatkan patut dikenakan.
Notis bagi pembayaran balik pinjaman
Ketua Eksekutif hendaklah menyebabkan dikeluarkan kepada setiap penerima pinjaman suatu notis yang menetapkan amaun dan tarikh permulaan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran berkenaan dengan setiap penerima pinjaman sebelum tempoh yang ditetapkan untuk pembayaran balik pinjaman tersebut.
Mendapatkan kembali dan memungut pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
Perbadanan hendaklah memberikan Lembaga Hasil Dalam
Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 58—
suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah seksyen 54;
suatu salinan notis pembayaran balik pinjaman yang dikeluarkan di bawah seksyen 60; dan
apa-apa butiran lain sebagaimana yang diminta oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu; dan
Tabung Pembangunan Kemahiran 39
menyimpan dan menyenggara suatu rekod pemungutan pembayaran balik yang dibuat berkenaan dengan setiap penerima pinjaman mengikut apa-apa cara dan yang mengandungi apa-apa butir yang sebagaimana disifatkan patut dan perlu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu untuk menunjukkan keadaan sebenar hal ehwal pemungutan pembayaran balik itu;
memberikan Perbadanan suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggarakan di bawah subperenggan
dalam tempoh yang dipersetujui antara
Perbadanan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu; dan
tidak lewat dari hari bekerja pertama minggu berikutnya atau bulan atau tiap-tiap suku tahun kalendar sebagaimana yang dipersetujui antara
Perbadanan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan, bermula dari pemungutan pertama pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran, membayar kepada Perbadanan kesemua jumlah wang pembayaran balik yang dipungut di bawah Akta ini bersama dengan apa-apa penyata sebagaimana yang diterima oleh Lembaga Hasil
Dalam Negeri atau ejen pemungutan tentang jumlah wang yang dipungut itu.
Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan itu, mengikut budi bicaranya sendiri, boleh merangka apa-apa kaedah pentadbiran, tatacara dan proses untuk memudahkan pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran yang kena dibayar kepada Perbadanan.
Kaedah yang sah bagi pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran
Bagi maksud Akta ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan boleh menggunakan apa-apa kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk melaksanakan pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran berkenaan dengan setiap penerima pinjaman.
40
Undang-Undang Malaysia
Majikan dan orang yang menggaji diri sendiri hendaklah membantu Lembaga Hasil Dalam Negeri
Adalah menjadi kewajipan majikan kepada seseorang penerima pinjaman dan kewajipan seseorang yang menggaji diri sendiri, apabila diberitahu secara bertulis oleh Lembaga Hasil
untuk memotong daripada upah penerima pinjaman itu atau, bagi orang yang menggaji diri sendiri, daripada upahnya sendiri apa-apa jumlah wang sebagaimana yang diberitahukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun pembayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada penerima pinjaman itu bagi menjelaskan pinjaman latihan kemahirannya; dan
untuk mengirim amaun yang dipotong itu kepada Lembaga
Hasil Dalam Negeri tidak lewat daripada hari terakhir bulan yang berikutan dengan bulan dalam mana gajinya dibayar.
Notis Perbadanan adalah muktamad
Dalam Negeri—
Notis yang dikeluarkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 60 hendaklah menjadi bukti muktamad mengenai amaun pinjaman latihan kemahiran yang belum dijelaskan dan yang kena dibayar kepada Perbadanan oleh penerima pinjaman bagi maksud mendapatkan kembali dan pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran tersebut oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan di bawah Akta ini.
Pembayaran komisen kepada ejen pemungutan
Perbadanan, dengan kelulusan Menteri Kewangan, boleh membayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 58 apa-apa kadar komisen bagi perkhidmatan yang diberikan dalam pemungutan pembayaran balik pinjaman latihan kemahiran.
Tabung Pembangunan Kemahiran 41
Bahagian X
LATIHAN KEMAHIRAN
Inspektor
Bagi maksud Bahagian ini, Perbadanan boleh melantik mana-mana pegawai awam atau mana-mana pegawai Perbadanan sebagai
Inspektor untuk melaksanakan tugas-tugas penentusahan dan pemeriksaan di bawah Akta ini.
Pemeriksaan hendaklah dibuat dari semasa ke semasa
Seseorang inspektor hendaklah, dari semasa ke semasa, memeriksa sesuatu penyedia latihan kemahiran yang didaftarkan di bawah Akta ini bagi maksud memastikan bahawa Akta ini dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini telah dan sedang dipatuhi.
Kuasa untuk memeriksa penyedia latihan kemahiran
memasuki, semasa waktu kerja mana-mana premis atau mana-mana bahagian premis yang dipunyai atau digunakan, sama ada secara tetap atau selainnya, oleh penyedia latihan kemahiran bagi maksud menyediakan latihan kemahiran;
memeriksa apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain sebagaimana yang difikirkannya perlu;
menghendaki mana-mana orang, yang merupakan seorang anggota lembaga pengarah, seorang pekerja atau seorang pelatih penyedia latihan kemahiran itu, supaya mengemukakan bagi pemeriksaan inspektor itu apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan,
42
Undang-Undang Malaysia bahan atau barang lain yang berada dalam milikan atau jagaan atau di bawah kawalan orang itu atau yang berada dalam kuasanya untuk memberi—
yang berhubungan dengan pengurusan penyedia latihan kemahiran itu; atau
yang berhubungan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu;
dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah perenggan (c).
Penyitaan dokumen, dsb.
Jika seseorang inspektor yang menjalankan suatu pemeriksaan di bawah Akta ini mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan telah dilakukan terhadap
Akta ini, inspektor itu boleh menyita dan menahan apa-apa buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang lain yang diperiksa di bawah seksyen 68.
Kad kuasa
Kad kuasa yang dinyatakan di dalam subseksyen (1) hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Eksekutif.
Tiada hak ke atas kos prosiding, ganti rugi atau relief lain, dsb.
Tiada seorang pun, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan apa-apa jua pun yang disita atau ditahan dalam menjalankan atau berupa sebagai
Tabung Pembangunan Kemahiran 43
menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Bahagian ini, berhak mendapatkan kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain, selain perintah pemulangan apa-apa barang yang disita atau ditahan itu, atau bayaran nilainya melainkan jika penyitaan atau penahanan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah atau barangkali.
Bahagian XI
Larangan ke atas pengiklanan, dsb.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan, selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penalti bagi pelanggaran syarat
Sesuatu penyedia latihan kemahiran yang melanggar mana-mana syarat yang dikenakan apabila penyedia latihan kemahiran itu didaftarkan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan permohonan yang dibuat di bawah Akta
Mana-mana orang yang, semasa membuat permohonan bagi pendaftaran suatu penyedia latihan kemahiran, pendaftaran program latihan yang diluluskan atau permohonan bagi pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini, membuat apa-apa pernyataan yang
44
Undang-Undang Malaysia diketahuinya palsu, atau yang dia percaya adalah tidak benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa fakta yang material, atau memberikan apa-apa maklumat yang mengelirukan di dalam apa-apa butir material melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan dan penalti yang berhubungan dengan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran 75.
Jika—
sesuatu penyedia latihan kemahiran gagal untuk menyebabkan dipamerkan suatu salinan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran itu mengikut subseksyen 36(3); atau
sesuatu penyedia latihan kemahiran yang telah berhenti daripada menyediakan latihan kemahiran gagal menyerahkan perakuan pendaftaran penyedia latihan kemahiran itu kepada Ketua Eksekutif mengikut subseksyen 36(5), maka penyedia latihan kemahiran itu melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Penalti yang berhubungan dengan pemeriksaan, penguatkuasaan dan penyiasatan
Mana-mana orang—
yang gagal mengemukakan sesuatu buku, buku minit, daftar, dokumen, penyata kewangan, bahan atau barang yang diperlukan oleh inspektor di bawah seksyen 68;
atau
yang menggalang atau menghalang seseorang inspektor daripada melaksanakan fungsi-fungsi penentusahan atau pemeriksaan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Tabung Pembangunan Kemahiran 45
Kesalahan yang berhubungan dengan pembayaran balik oleh majikan dan orang yang menggaji diri sendiri 77.
Mana-mana majikan atau orang yang menggaji diri sendiri, yang gagal untuk memotong upah penerima pinjaman, setelah diberitahu oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun pembayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada penerima pinjaman bagi menjelaskan pinjaman latihan kemahiran adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, di denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Penalti am
Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah
Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penalti dalam hal kesalahan yang berterusan
Mana-mana orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal kesalahan yang berterusan dikenakan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, suatu denda harian tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kesalahan oleh pertubuhan Perbadanan, dsb.
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang merupakan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu pada masa pelakuan kesalahan itu;
dalam hal suatu perkongsian, tiap-tiap pekongsi dalam perkongsian itu pada masa pelakuan kesalahan itu; atau 46
Undang-Undang Malaysia
dalam hal suatu pertubuhan, tiap-tiap pemegang jawatan pertubuhan itu pada masa pelakuan kesalahan itu, boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama sebagaimana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu dan hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah atau bahawa dia telah menjalankan usaha yang wajar untuk mencegah perlakuan kesalahan itu.
Tanggungjawab penyedia latihan kemahiran bagi kesalahan yang dilakukan oleh anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka penyedia latihan kemahiran itu hendaklah disifatkan telah juga melakukan kesalahan itu.
Dalam sesuatu pendakwaan terhadap sesuatu penyedia latihan kemahiran di bawah subseksyen (1) berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh—
seorang ejen, penyedia latihan kemahiran itu, maka hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi mana-mana penyedia latihan kemahiran yang didakwa
Tabung Pembangunan Kemahiran 47
di bawah subseksyen (1) jika penyedia latihan kemahiran itu membuktikan—
(aa) bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuan atau pembiaran penyedia latihan kemahiran itu; atau
(ab) bahawa penyedia latihan kemahiran itu telah—
mengambil segala langkah yang munasabah; dan
menjalankan segala usaha yang wajar, untuk mencegah perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya diambil dan dijalankan oleh penyedia latihan kemahiran itu, dengan mengambil kira jenis fungsi anggota lembaga pengarah, pegawai, pekerja atau ejen di atas sifat itu dan segala hal keadaan.
Pengkompaunan kesalahan
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan kepada
48
Undang-Undang Malaysia
Perbadanan, sebagaimana yang ditetapkan oleh Ketua Eksekutif, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang.
Pemulaan pendakwaan
Pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran bertulis Pendakwa
Raya.
Anggapan
Akta ini apabila telah dibuktikan bahawa apa-apa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau penyataan, sama ada bertulis atau tidak, adalah—
mengelirukan dalam apa-apa butir material, maka hendaklah dianggapkan sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa permohonan, maklumat, butir-butir, penyata, akaun, rekod, dokumen atau peryataan itu adalah palsu atau tidak benar pada keseluruhannya atau sebahagiannya atau mengelirukan dalam apa-apa butir material, mengikut mana-mana yang berkenaan, pada pengetahuan orang yang menandatangani, menghantar atau membekalkannya.
Bahagian XII
Kuasa Menteri untuk mengecualikan
mana-mana penyedia latihan kemahiran, daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Menteri boleh, pada bila-bila masa, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi patut diberikan.
Perlindungan daripada liabiliti diri
Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, dan tiada pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan, hendaklah menanggung apa-apa liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam menjalankan kuasa atau kewajipannya di bawah
Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh sesuatu perbuatan salah atau peninggalan yang disengajakan oleh dirinya.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan, atau terhadap mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keabaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.
Perlindungan daripada tindakan guaman dan prosiding undang-undang
Tiada tindakan boleh diambil atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau dibuat terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua Eksekutif atau terhadap mana-mana pegawai Kerajaan, atau mana-mana orang yang bertindak di bawah arahan Menteri atau Ketua Eksekutif, di dalam mana-mana mahkamah bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau ketinggalan untuk dilakukan di bawah Akta ini—
dengan semunasabahnya mempercayai bahawa perkara itu perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai melaluinya; atau
Pengerusi, semua anggota Lembaga dan mana-mana jawatankuasa, dan pegawai, pekhidmat dan ejen Perbadanan, semasa menunaikan kewajipan-kewajipan mereka sebagai Pengerusi atau anggota-anggota, pegawai-pegawai, pekhidmat atau ejen sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan [Akta 574].
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tabunan) 1980 90.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.
Obligasi menyimpan rahsia
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan—
borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak dilengkapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini dan bagi maksud lain di bawah Akta ini;
tatacara yang hendak diikuti dan fi atau bayaran yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini;
bentuk yang mengikutnya sesuatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggarakan di bawah Akta ini dan catatan yang dibuat dalam daftar dan rekod;
fi atau bayaran lain yang hendak dikenakan berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan di bawah Akta ini selain daripada permohonan di bawah Akta ini;
cara perlantikan, dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan, pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat
Perbadanan;
pembayaran ganjaran dan lain-lain faedah kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;
terma-terma dan syarat-syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan ke atas sesuatu rumah, dengan syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan atau diserahhakkan kepada
Perbadanan sebagai cagaran bagi pinjaman itu;
pembayaran elaun dan faedah-faedah lain kepada anggota
Lembaga dan jawatankuasa;
apa-apa perkara lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.
52
Undang-Undang Malaysia
Pindaan Jadual
Tabung Pembangunan Kemahiran 51
Menteri boleh dari semasa ke semasa meminda Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Perkara yang dilakukan pada menjangkakan pembuatan Akta ini
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan dalam menyediakan dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubung dengannya, pada menjangkakan pembuatan Akta ini hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah apabila Akta ini mula berkuat kuasa disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.
Pelupusan dokumen selepas melebihi tiga tahun
Jika sesuatu dokumen berasas kertas telah disalinkan mengikut subseksyen (1), Ketua Eksekutif boleh membenarkan pelupusan dokumen berasas kertas itu selepas tamat tempoh tiga tahun dari pembuatan salinan elektronik itu.
Sesuatu salinan dokumen yang disimpan pada medium elektronik mengikut subseksyen (1) hendaklah boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta yang dinyatakan dalam salinan itu mengikut seksyen 90A Akta Keterangan 1950 [Akta 56].
Bahagian XIII
Pendaftaran penyedia latihan kemahiran selepas permulaan kuat kuasa Akta ini
Mana-mana orang atau kumpulan orang, yang sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan, sedang menjalankan aktiviti latihan kemahiran yang layak mendapat kemudahan pinjaman daripada Tabung
Pembangunan Kemahiran yang diuruskan oleh Bahagian Tabung
Tabung Pembangunan Kemahiran 53
Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian yang bertanggungjawab mengenai sumber manusia boleh meneruskan berbuat demikian selama tempoh dua belas bulan dari tarikh yang ditetapkan, tetapi selama tempoh itu orang tersebut atau kumpulan orang itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, memohon untuk pendaftaran di bawah Akta ini.
Peruntukan peletakhakan
pada Perbadanan hendaklah terletak hak sedemikian pada
Perbadanan bagi hakmilik, estet atau kepentingan yang sama dan pemegangan yang sama sebagaimana harta itu terletak hak atau dipegang sebaik sebelum tarikh peletakhakan itu.
Tiap-tiap hak atau liabiliti yang terletak hak menurut subseksyen (1) pada Perbadanan boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu , dibawa guaman , didapatkan atau dikuatkuasakan oleh Perbadanan atas namanya sendiri dan adalah tidak perlu bagi
Perbadanan, Kerajaan, atau mana-mana orang bagi pihak Kerajaan
Malaysia atau Perbadanan memberikan notis kepada orang yang terikat oleh hak atau liabiliti akan peletakhakan yang dibuat menurut subseksyen (1).
Apa-apa prosiding undang-undang yang belum selesai oleh atau terhadap Kerajaan atau mana-mana pegawai Kerajaan yang berkaitan dengan mana-mana harta, hak atau liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan menurut subseksyen (1)
boleh, pada dan selepas tarikh peletakhakan itu, diteruskan oleh atau terhadap Perbadanan.
Dalam hal hak atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana pinjaman yang terletak hak pada Perbadanan pada tarikh peletakhakan itu, Perbadanan boleh memasuki dalam apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hak dan liabiliti itu dengan
Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak ketiga.
54
Undang-Undang Malaysia
Pada dan selepas tarikh peletakhakan, mana-mana perkiraan atau perjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta, hak dan liabiliti yang berpindah kepada dan terletak hak pada Perbadanan di bawah subseksyen (1) yang kepadanya Kerajaan, atau mana-mana pegawai Kerajaan adalah menjadi suatu pihak sebaik sebelum tarikh peletakhakan, sama ada secara bertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak hak dan liabiliti jenis sedemikiannya di bawah perkiraan atau perjanjian itu boleh diserahhakkan oleh Kerajaan, atau pegawai itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah Perbadanan menjadi pihak kepada perkiraan atau perjanjian itu.
Mengambil kerja pekerja Kerajaan
untuk berkhidmat sebagai seorang pekerja Perbadanan hendaklah diambil kerja oleh Perbadanan atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidak kurang baiknya daripada terma dan syarat perkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan.
Sehingga terma dan syarat perkhidmatan pekerjanya ditentukan oleh Perbadanan, skim dan terma dan syarat perkhidmatan pekerja
Kerajaan hendaklah terus terpakai bagi tiap-tiap orang yang diambil kerja oleh Perbadanan di bawah subseksyen (1).
Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubahsuaian yang perlu kepada skim dan terma dan syarat yang disebut dalam subseksyen (3) bagi maksud menghapuskan apa-apa kesulitan yang berbangkit daripada peruntukan subseksyen itu.
Jika mana-mana orang yang telah memilih untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan Perbadanan atau bersara atau dilepaskan daripada perkhidmatan itu tidak layak untuk apa-apa pencen atau skim persaraan lain akibat pemilihan itu, Perbadanan boleh memberinya atau mana-mana orang yang ditanggung sepenuh atau sebahagiannya oleh orang itu, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Perbadanan, apa-apa elaun atau gratuiti sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan.
Tabung Pembangunan Kemahiran 55
JADUAL
[Subseksyen 16(5)]
Pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik olehnya tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
Mana-mana anggota atau anggota silih ganti yang dilantik oleh Menteri boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri menjadi kosong—
jika dia meninggal dunia;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan
(pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai
Timbalan Pengerusi atau anggota Lembaga atau selainnya, adalah sedemikian cara sehingga mencemarkan nama Lembaga;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya; atau
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa sebab yang munasabah atau tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri.
Peruntukan subperenggan (1) selain subsubperenggan (f) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi seseorang anggota silih ganti.
Mesyuarat
3. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi melaksanakan urusannya sekurang-kurangnya tiga bulan sekali pada sesuatu masa dan ditempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
56
Undang-Undang Malaysia
Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, lima orang anggota hendaklah membentuk suatu kuorum.
Pengerusi Lembaga hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat
Lembaga.
Walau apa pun subperenggan (3), jika kerana apa-apa sebab Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, Timbalan Pengerusi hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi semasa ketidakhadiran Pengerusi.
Sekiranya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi kedua-duanya tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota Lembaga yang ada hendaklah memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi Pengerusi bagi mesyuarat itu dan orang yang dipilih itu hendaklah mempunyai segala kuasa Pengerusi bagi maksud dan tempoh mesyuarat itu.
Jika mengenai apa-apa persoalan untuk diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, maka Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.
Lembaga boleh mengundang orang lain untuk menghadiri tnesyuarat
4. (1) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangtelitian Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau penimbangtelitian itu.
Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Minit
5. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit semua mesyuarat Lembaga disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa dibuktikan selanjutnya.
Tiap-tiap mesyuarat Lembaga berkenaan dengan prosiding yang mana minitnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Penzahiran kepentingan
6. (1) Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, mempunyai—
suatu kepentingan dalam sesuatu syarikat atau perusahaan yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau
Tabung Pembangunan Kemahiran 57
suatu kepentingan dalam sesuatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah menzahirkan kepada Lembaga hakikat kepentingan dan jenis kepentingannya itu.
Penzahiran di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam penimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Kesahan tindakan dan presiding 7.
Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
ada pelanggaran oleh mana-mana anggota Lembaga berkenaan peruntukan perenggan 6; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakaturan yang tidak menyentuh merit hal itu.
Tatacara 8.
Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga boleh menentukan tatacaranya sendiri.
58
Undang-Undang Malaysia
Akta 640
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Tabung Pembangunan Kemahiran 59
Akta 640
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –