Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota seperti yang berikut:
(a)
seorang Pengerusi yang hendaklah dilantik oleh Menteri;
(b)
Ketua Eksekutif Perbadanan;
(c)
Ketua Pengarah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan atau wakilnya;
(d)
seorang wakil daripada Kementerian Kewangan;
(e)
seorang wakil daripada Jabatan Perdana Menteri;
(f)
dua orang yang mewakili penyedia latihan kemahiran swasta, yang akan dilantik oleh Menteri; dan
(g)
dua orang yang mempunyai pengetahuan khas atau pengalaman dalam hal kewangan atau perdagangan, yang akan dilantik oleh Menteri.
(3)
Seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f)
atau (g) hendaklah memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun dan hendaklah layak untuk dilantik semula.
(4)
Menteri boleh membatalkan pelantikan anggota yang dilantik di bawah perenggan (2)(f) atau (g) tanpa memberi alasan tentang pembatalan tersebut.
(5)
Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi Lembaga.
20
Undang-Undang Malaysia
Wakil organisasi pengganti atau yang dinamakan semula