Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
Jawatankuasa
(2)
Anggota jawatankuasa itu hendaklah dilantik oleh Lembaga.
(3)
Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen
(1)
bolehlah terdiri daripada anggota Lembaga sahaja atau anggota
Lembaga dan mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga, tetapi tiap-tiap jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh seorang anggota Lembaga.
(4)
Orang yang tidak layak menjadi anggota Lembaga di bawah
Jadual adalah juga tidak layak menjadi anggota atau jawatankuasa.
(5)
Seseorang anggota suatu jawatankuasa hendaklah memegang jawatan bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.
(6)
Seseorang anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis secara bertulis kepada
Pengerusi Lembaga.
(7)
Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.
(8)
Tertakluk kepada Akta ini dan arahan-arahan yang diberikan oleh Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawalselia tatacaranya sendiri.
(9)
Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
22
Undang-Undang Malaysia
(10)
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya tetapi orang itu tidak berhak mengundi pada mesyuarat itu.
(11)
Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—
(a)
minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan
(b)
salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada
Lembaga secepat yang dapat dilaksanakan.
(12)
Anggota jawatankuasa dan orang yang diundang di bawah subseksyen (10) yang bukan pekerja Perbadanan hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang boleh ditentukan oleh
Lembaga, selepas berunding dengan Menteri.
Pewakilan fungsi