Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Tabung Pembangunan Kemahiran 23
(2)
Penzahiran di bawah subseksyen (1) hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dalamnya perkara itu dibincangkan, dan selepas penzahiran itu, semasa perkara itu dibincang atau diputuskan, anggota itu—
(a)
tidak boleh dikira bagi maksud membentuk suatu kuorum mesyuarat Lembaga atau jawatankuasa; dan
(b)
tidak boleh mengambil bahagian atau hadir dalam mana-mana perbincangan atau keputusan Lembaga atau jawatankuasa itu.
(3)
Tiada tindakan atau prosiding Lembaga atau jawatankuasa boleh ditidaksahkan atas alasan bahawa mana-mana anggota Lembaga atau anggota jawatankuasa telah melanggar peruntukan-peruntukan seksyen ini.
(4)
Bagi maksud seksyen ini—
(a)
“anggota keluarganya”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
(i)
suami atau isterinya;
(ii)
ibu atau bapanya (termasuk ibu atau bapa suami atau isterinya);
(iii)
anaknya (termasuk anak angkat atau anak tiri);
24
Undang-Undang Malaysia
(iv)
adik beradiknya (termasuk adik beradik suami atau isterinya); dan
(v)
suami atau isteri anaknya atau adik beradiknya;
dan
(b)
“sekutu”, berhubung dengan seseorang anggota Lembaga
Perbadanan atau sesuatu jawatankuasa, ertinya—
(i)
mana-mana orang yang merupakan penama atau pekerja anggota itu;
(ii)
mana-mana firma yang anggota itu atau mana-mana penamanya merupakan seorang pekongsinya;
(iii)
pekongsi anggota itu;
(iv)
pemegang amanah sesuatu amanah yang di bawahnya anggota itu atau seseorang anggota keluarganya menjadi benefisiarinya; atau
(v)
mana-mana perbadanan, mengikut pengertian Akta
Syarikat 1965, yang anggota itu atau mana-mana penamanya atau seseorang anggota keluarganya menjadi pengarah atau mempunyai kepentingan kawalan atau syer yang jumlah nilainya tidak kurang daripada tiga puluh peratus daripada jumlah modal diterbitkan perbadanan itu.