Malaysia legislation

Section 25

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 25

(2)

Ketua Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan secara keseluruhan fungsi-fungsi dan hal ehwal harian Perbadanan.

Tabung Pembangunan Kemahiran 25

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Perbadanan.

(4)

Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa.

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya, Ketua Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga.

(6)

Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Timbalan Ketua Eksekutif hendaklah menjalankan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada buat sementara atau tidak berupaya.

Pelantikan Timbalan Ketua Eksekutif

Section 25 — AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004