Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“inspektor” ertinya mana-mana pegawai awam atau pegawai
Perbadanan yang dilantik sebagai inspektor di bawah seksyen 66;
“jawatankuasa” ertinya suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 21;
10
Undang-Undang Malaysia
“kemahiran” ertinya sesuatu kebolehan yang diperoleh dan yang diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan cekap;
“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai eksekutif utama Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 25;
“Kumpulan Wang” ertinya Tabung Pembangunan Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pengarah yang ditubuhkan di bawah seksyen 16;
“Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Lembaga Hasil Dalam
Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga
Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];
“Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan” ertinya badan yang ditubuhkan dengan nama sedemikian oleh Kerajaan untuk tujuan menggubal, menggalak dan menyelaras strategi dan program latihan vokasional dan perindustrian sejajar dengan keperluan perkembangan teknologi dan pembangunan ekonomi negara, atau mana-mana badan yang menggantikan Majlis itu;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;
“pelatih” ertinya seseorang yang menerima latihan kemahiran daripada penyedia latihan kemahiran;
“penerima pinjaman” ertinya seseorang pelatih yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu pinjaman latihan kemahiran di bawah Akta ini;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 16(2)(a);
“penyedia latihan kemahiran” ertinya sesuatu pertubuhan atau organisasi yang menyediakan latihan kemahiran sama ada secara persendirian atau dengan pembiayaan kerajaan;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Tabung Pembangunan
Kemahiran yang ditubuhkan di bawah seksyen 6;
Tabung Pembangunan Kemahiran 11
“pinjaman latihan kemahiran” ertinya suatu pinjaman yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelatih di bawah
Akta ini, termasuk apa-apa yuran tuisyen, perbelanjaan kos sara hidup, bantuan kewangan untuk kelengkapan dan bantuan pendidikan, insurans dan apa-apa fi pentadbiran atau bayaran lain yang dikenakan oleh Perbadanan;
“program latihan yang diluluskan” ertinya suatu program latihan kemahiran yang dijalankan di Malaysia yang ditauliahkan oleh
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan dan diluluskan oleh
Perbadanan di bawah seksyen 44.