Malaysia legislation

Section 36

of AKTA TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 2004

Seksyen 36

(2)

Perakuan pendaftaran hendaklah menyatakan di mana premis utama penyedia latihan kemahiran itu menjalankan latihan kemahirannya.

(3)

Penyedia latihan kemahiran hendaklah menyebabkan suatu salinan perakuan pendaftaran dipamerkan di tempat yang mudah dilihat di premis yang dinyatakan dalam perakuan pendaftaran itu.

(4)

Tiap-tiap penyedia latihan kemahiran yang berdaftar di bawah seksyen 34 hendaklah mematuhi peruntukan-peruntukan Akta ini dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.

(5)

Apabila mana-mana penyedia latihan kemahiran berhenti menyediakan latihan kemahiran, penyedia latihan kemahiran itu hendaklah menyerahkan perakuan pendaftaran kepada Ketua

Eksekutif dalam masa tiga bulan dari tarikh pemberhentian itu.

Kuasa untuk menggantung atau membatalkan pendaftaran penyedia latihan kemahiran